Sunday 11 June 2017

Testing sat


Bukan baby baru ye, ni Kayla. hehe

After One Year

Salam Ramadhan semua.

Last post I was on 6 June 2016, and masa tu hari pertama puasa untuk tahun 2016. Hari ni hari ke-16 puasa untuk 2017 dan baru I ade kesempatan nak update blog lagi. hmmm panjang cerita nya. For good one year I hilang, cehhh hilang kononnn. Bukan hilang, I ade je. 

Nak jadikan cerita laa, I kena transfer ke branch lain. So, branch baru tu agak tegas sikit dan semua pc kena block dek IT. hehe Maka nya I tak boleh laa nak update blog. Tak yah la nak cerita balik kerja boleh update, nak mandi, nak masak, nak jaga Kayla, mana laa sempat nak update blog bagai. Rindu gila nak update blog. 

Banyak benda nak cerita tapi banyak juga dah lupa. muahaha
Ye laa, cerita dah nak dekat setahun, since dapat tau yang susah nak update blog, so I pun tak laa banyak amik gambar, record every details sebab nak letak dekat blog. Setakat update ig ada la. Dekat ig malas mak cerita panjang, cam tak syok laa bebel kat situ. Dekat blog rasa free sedikit nak bercerita panjang lebooo. haha

Sampai sini saja laa post untuk sekian kali nya. Next post nanti iols letak gambar plak kan. Mesti korang tak sabar nak tengok Kayla after one year kan. Wahhhh makin debab. Jeng jeng jeng. byeeeee



Monday 6 June 2016

Mikayla Lagi

Salam 1 Ramadhan. 

Asyik makanan je, kita layan pulak gambar Kayla.


Kayla dah setahun sebulan. Besar dah anak Mommy nih. Dia dah paham apa kita cakap sikit. Bila Mommy cakap, "go and take your pampers" berlari dia pergi tempat pampers dia. Kalau dia tak sampai, dia panggil kita suruh ambik pampers dia. haha at first I surprised jugak sebab I rasa dia awal lagi nak paham apa kita cakap. Kak Yani laa bagitahu, suruh duduk dia tak paham, kena cakap 'sit down, Kayla' baru dia duduk. haha amboiii, jangan lupa awak tu separuh Melayu hokey!  


Sekarang Kayla ni gila berlari. Asal letak jee terus berlari. Ok, Daddy tolong kejar. haha


Dengan Abang Emir. 


elelee gatai. 




Tok Mama buli Kayla suruh pakai tudung. 







Kayla malas nak layan Tok Mama. hahaha


eh ada jugak makanan dekat sini. Mee Goreng Basah by Kak Yani. Sedap tapi mama punya lagi sedap. 


Kayla dengan pisang tak dapat dipisahkan. 


Sedap Mommy. Mommy nak sikit? Dia nak suap I pulakk. 


Habis pisang 2 bijik Kayla makan. haha Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Tu laa dia.


Please ignore Daddy terbongkang kekenyangan. 
Kalau dia baca nih, mampos I masukkan gambar ni. muahaha