Thursday 28 April 2016

Multipurpose Electric Lunch Box

Salam.

Saya nak kongsi satu gadget ni. Nama MULTIPURPOSE ELECTRIC LUNCH BOX. Best tak? best tak nama dia? hehe


Dulu masa saya study, kenapa laa takde bende alahh ni? kalau tak, jimat makan masak sendiri. Bila tak dapat nak masak dekat kolej, kita lepas geram masak kat office. (mintak-mintak orang hq tak baca). 

Sebenarnya saya beli lunch box ni selepas baca pasal macam mana nak handle travel food for baby. So salah satunya lunch box ni bawak masak dalam hotel. Baby kan makan yang stim-stim je. So senang pakai lunch box ni. Boleh juga masak nasi. Lunch box macam ni ada 2 jenis, satu fungsinya untuk panaskan makanan sahaja, and lagi satu boleh masak. Kalau baca dekat manual or description dia tulis boleh masak nasi,maksud nya boleh laa masak kat office. ghehe

Cita-cita nak travel pusing dunia (banyak duit mu!!) sebab tu laa gagah juga la beli lunch box ni. Bila beli lunch box ni, tak de plak Daddy Kayla nak bawak Mommy pi jalan kan. Parking je laa lunch box tu kat rumah. Hari-hari limpas lunch box ni masa nak gi kerja, one day saya pun gatal tangan bawak gi office sebab kalau dok kat rumah pun bukan nya pakai. Meh laa kita try masak soup ke kan. Saya pun bawak laa fishball dalam 10 biji, kiub ayam 1 dan sebiji telur. First trial BERJAYAAA! tapi lupa nak ambik gambar. 



Ni la rupanya lunch box tu. Tapi yang ni Shilla Mei punya. Dia pun terpengaruh dengan adegan masak memasak, so beli la satu yang 2 tingkat. Saya punya setingkat saja sebab kecik senang nak bawak gi travel. Shilla Mei beli memang khas untuk masak kat office. Kitorang beli dekat Lazada. Shilla Mei punya 2 tingkat RM58 and saya punya RM48. Kalau korang nak tahu, kami ni hantu sup! Bagi segelen soup pun boleh kitorang hirup. hehe pakai lunch box ni sesuai buat soup, maka hari-hari la makan soup dengan Shilla Mei sampai ade time tu jemu, kitorang stop jab. Bawak bekal dari rumah, panaskan pakai microwave je kat office. Takde laa suppppp je kan.




Yang kecik purple tu saya punya, untuk Kayla kalau travel. Tapi mommy rasmi dulu dekat office. 


Bila bukak lunch box tu, jadi cam ni laa. De dorang bagi tempat stim telur jugak tapi saya tinggal kat rumah. Cara masak hanya letak air dibahagian bawah tu, nanti air tu didih so masak la soup kita jugak. 


Gambar semua ni yang sempat kitorang ambik la. Selalu menu repeat je. Disebabkan Shilla Mei masak ayam masak kicap sedap, so banyak kali laa ayam masak kicap lalu. hihi


Menu atas ni ayam masak kicap dengan fish ball, sayur labu air dengan seafood tofu. Ayam masak Shilla Mei simple je, dia campak ayam, kicap manis, sos tiram, sos cili sedikit, minyak bijan and potong cili bagi pedas. Hujung -hujung nak masak tu campak laa fish ball and daun sup. Semua bahan kitorang bawak dari rumah yang dah siap basuh and potong. Sup labu air tu lagi laa senang, campak kiub ayam seketul, masuk labu air and tofu tu. Dah siapp. 



Yang ni menu nya Tomyam Ikan Patin sebab nak abis kan stok kat rumah. Sedap juga, lemak ikan patin keluar sebab tu la minyak berlinangan. Sayur pulak sup brocolli and telur. 


Ayam masak kicap lagi and Dumpling in Tomyam soup. Semua menu ni takde yang tumis-tumis tau. Semua Shilla Mei campak-campak jee.


Ayam masak kicap lagiiii and Sup kentang carrot and telur. Yang ni fav kitorang. 


Kali ni lauk banyak sikit boleh buat, dapat tiga sekali bila dua-dua lunch box bukak. Ayam masak kicap lagi dan lagiii, Ikan talapia hitam stim blackpepper dan sayur bayam with fishball. 3 orang dapat makan ni.



Tomyam Ayam and Labu Special from Shilla Mei. Asyik Shilla Mei je masak, ko buat pee? haha
Saya bukan peminat labu, tapi kann, yang ni sedap pulokk. Shilla Mei cakap dia gaul dengan minyak bijan and blackpepper je. Mak aii, punya laa sedapp. Tomyam tu takyah laa cerita, senang sangat, masuk ayam, kiub tomyam 3 potong serai kecik-kecik, biar masak ayam tu dulu baru masuk kan daun limau purut and daun ketumbar. Siapppp.


Ayam masak Kicap Shilla Mei dengan hotdog cumil. Layannzz.. 

p/s: abaikan pantry kami yang tak berapa nak kemas. 




2 comments:

  1. Ayam kicap tu nak kena rebus ayam dulu ke terus masuk je semua bahan?

    ReplyDelete
  2. Salam nk tanya,lunch box ni tahan bpe lama?mksudnya smpai sekarang masih boleh guna ke?

    ReplyDelete