Showing posts with label Multipurpose Electric Lunch Box. Show all posts
Showing posts with label Multipurpose Electric Lunch Box. Show all posts

Monday, 6 June 2016

Aroma Thai Seri Kembangan

Salam.

Rasa berdosa tak nak update entri makanan? alaaaa entri ni sepatutnya post semalam, tapi tak sempat nak habiskan. Sayang pulak nak delete. 

Tak pe la, mana tau nanti nak boleh bagi idea nak berbuka kan. Baru berapa jam puasa, dah pikir nak berbuka. Eh mesti laa, syndrome mak-mak macam ni laa. Nak pikir nak masak apa, nak beli kuih apa, nak buat air apa untuk berbuka nanti. hehe betol tak? betol tak?


Pagi semalam kitorang makan Fried Man Tou with Curry. Shilla Mei yang bawak. I makan jee. Sedap wooo. Shilla Mei beli dekat Boston Taman Equine. Sapa duduk Equine mesti tau Boston kan. Dekat Putra Walk rasa tempat tu, sebelah Pappa Rich. 


Apa lagi, seranggggg!!! Sekejab je habis. Ok laa kan untuk sarapan. Man Tou dia gebu and lembut dekat dalam, ranggup dekat luar. Ishhh kalau Man Tou ni cicah Chilli Crab lagi terangkat wehh. Opsss puasa. muahaha


Ibuk Mery makan maggi cup.


Kalau Kak Su boleh jadi Siti Nurhaliza all the time, I pun boleh jadi Fantasy Fazura kan, kan? haha
Fazura and Shilla Mei.
Siap ada efek kipas lagi tuh! Bangunan I kerja ni, bukak aircond pukul 10:30am. I masuk kerja pukul 9:00am. Haaa sejam setengah laa berpeluh ketiak. Tu yang malas nak bermake-up berbagai. I kang kalau berpeluh lebih-lebih kang mula laa nak mengamuk. 


Ni menu tengahari. I buat fishball sup lagi. Mak aiii sedap weh even soup bodoh-bodoh gini. 
Cara masak dia senang je, pakai Lunch Box la. Campak semua bahan : carrot, kuib ayam, suhoon, cendawan hitam tu, ada fucuk sikit, fishball and telur. Fuhhhhh..


Kitorang just beli nasi putih and makcik Indon dekat kedai mamak tu bagi free kari hati ayam. Boleh laa kuah dia buat teman sup I ni. Shilla Mei je makan hati ayam tu. Nasib kari dia sedap, habis nasi licin kitorang makan. Alhamdulillah kenyang sampai petang. 


Dah habis lunch, kita dinner pulak. My small family. Daddy and Kayla. Muka Kayla excited tengak apa ntah tu. Sibuk nak main menu tu, sampai nak order pun susah. 


("O") 


Restoran Aroma Thai

Oh lupa. Dinner dekat restaurant baru around The Atmosphere Seri Kembangan.  Hari Selasa hari tu I lalu depan kedai ni nak gi Jusco tak bukak lagi. Semalam lalu dah buka dah. Sedang elok laa I pun tengah nak cari tempat makan. Terus singgah makan dekat situ. Orang punya laa ramai, macam grand opening pulak rasa. Orang macam berpusu-pusu, siap ada yang kena tunggu dekat luar sebab meja penuh. Rasa nya orang-orang Seri Kembangan ni excited kot kedai ni baru buka.


Tengok laa belakang tu. Tu semua orang tengah tunggu la tu. Meja penuh. Kitorang order pun amek masa 30 minit baru makanan sampai. Nasib laa Daddy tak mengamuk sebab Daddy yang lapar time tu. Daddy menyibukkan diri layan Kayla main dekat luar. Mek tu pun bukan tau duduk diam, nak berlari je kerja dia. 


Antara menu yang ada. Yang suitable for family la, dia buat set dapat murah sikit dari alaa carte. 


Menu alaa carte. 


Banyak jugak menu dia. iols sampai rambang mata. Last-last I malas nak tengok menu sebab nanti I confuse nak pilih yang mana satu. haha tamak sangat tau. 


Penuh kan? Memang ramai orang time ni. 


Nasi Goreng Biasa

Daddy order nasi goreng biasa, nak makan dengan tomyam. Daddy tak sihat sikit, ada flu. So dia nak hirup-hirup sup bagilega sikit saluran yang tersumbat. hihi kalau I ada flu pun I suka hirup sup. Tak payah cerita panjang la, I memang hantu sup. 


Paprik Ayam

Yang ni I order. Well, I bagi 10 bintangggggg! ohmai, sapa-sapa yang pergi makan dekat sini HARUS try paprik ayam. Paprik dia lain tau, selalu paprik letak daun limau purut kan, tapi yang ni dorang letak Thai Basil Leave. Ohmai, ohmai.. Sangat sedap ok. Rasa dia pedas-pedas, wangi basil leave tu lagi. Memang sedap, rasa dia macam Basil Leave Chicken tanpa kicap. Sapa yang penah makan dekat Absolute Thai mesti tau Basil Leave Chicken dorang. 10 kali ganda sedap!


Tomyam Seafood

Tomyam dia pun sedap, semua cukup rasa. Masin, manis and masam. I rasa manis-manis hujung-hujung, tapi I tak tau manis tu datang dari mana. Ohhhhhh I tau, datang dari ketam. Tomyam seafood dia ni ada udang galah, sotong and ketam. Ketam dorang letak seekor, kecik laa tapi dia punya manis sampai ke kuah. 


Telur Dadar


We are ready to eat! Tapi hari tu kan ramai orang, so baby chair penuh. Terpaksa laa I riba Kayla dulu bagi Daddy makan. Masa nak gi basuh tangan, ade laa I usha-usha nak kira dorang ade berapa baby chair. Betul tekaan I, ada 3 je. hmmm patut sediakan laa at least 5, kedai lain I pergi, I tengok baby chair bertimbun-timbun. Susah tau nak makan tak de baby chair ni. Kayla pun tak selesa duduk atas riba. Mula laa nak turun, nak berlari. -__-


Tengok pinggan I, tu tandanya sedap. haha Sebutir nasi pun I tak tinggal. Daddy dah malas tu nak layan I amek gambar. hihi

Total damage RM28.00


Saturday, 4 June 2016

Sambal Kicap Salmon

Salam.

Nak cerita lagi menu me and Shilla Mei masak pakai Lunch Box tu. Mesti korang tau kan lunch box tu apa kan. Kalau tak tahu, klik sini


Fish Ball Soup with Fucuk Suhoon & Egg

Gittew laa agaknya ejaan suhoon tu. Janji ada bunyi-bunyi dia kan. Fish ball tu I bawak dari rumah, fucuk and suhoon tu Shilla Mei bawak and telur tu I beli je dekat keai runcit depan office tu. 

Senang sangat nak masak dia. Pagi ade masakkan sup untuk Kayla, kena tumis bawang putih and halia, so I lebihkan sedikit tumisan tu and asingkan sebelum masak sup Kayla. So bawang putih and halia tu terendam la dalam minyak sedikit I bawak datang office and campak je dalam air panas sekali dengan kiub ikan bilis, fucuk and suhoon. Masak dalam lunch box lebih kurang dalam 30 minit, baru masukkan fish ball and telur. Sebab fish ball dan telur bukan lama pun kan nak masak. 

Continue masak dalam 15 minit then Taraaaaaa siap. Boleh laa makan dengan nasi putih. Murah, sedap dan jimat hokey. Sejak buat macam ni dekat office, jimat banyak tau. Kalau tak, sehari mesti dalam RM10-RM15 keluar duit untuk makan sahaja. Kat sini takde gerai-gerai jual macam nasi campur ke, food  court ke. Ada kedai mamak je, tu pun cekik darah punya mamak. Sebab dia je kedai makan halal selain Pappa Rich dekat bangunan nih. So harga mahal sangat. -___-



Bihun Sup Utara Mama

Balik kerja macam biasa, singgah rumah Mama nak ambik Kayla. Kalau hari Ahad hujung minggu Mama mesti masak apa-apa untuk makan petang and malam. Sebab hari lain Mama tak masak. Hujung minggu je Mama masak special. Minggu lepas mama buat bihun sup utara tapi pakai sambal kicap sebab kitorang prefer sambal kicap dari sambal merah.

 Sebenoo nye tak pandai nak buat sambal merah, selalu tak sedap dan bau cili kuat sangat. Senang buat sambal kicap Johor style. Fuhhhh berpeluh nak habiskan semangkuk. 

Meh nak share sambal kicap style Mama. 

Bahan-bahan:
1 labu bawang putih
2 biji bawang besar
10 biji cili padi hijau
Limau nipis setengah biji
Kicap masin/manis 10 sudu besar
Garam/gula secukup rasa

Mula-mula goreng dengan minyak sedikit bawang putih, bawang besar dan cili padi. Agak-agak dah layu dan masak sedikit, angkat dan toskan minyak tu. Kita tak nak minyak tu. Bahan-bahan tu dah sejuk baru boleh blend.

 Blend tak payah guna air, guna kicap pengganti air, so kicap tu agak-agak sampai blender boleh pusing, kalau blender tu tak bergerak, tambah kicap sikit-sikit. Jangan kicap terlebih nanti cair sangat pulak. Kalau ikot sukatan tu mesti jadi elok sambal kicap. Eh lupa, sebelum blend masukkan juga garam or gula. If pakai kicap manis, masukkan garam. If masukkan kicap masin, tambah gula la. So rasa dia balance gitteww. Last baru perah limau nipis, rasa mesti ngam-ngam masam, manis dan masin. Siap. 



Kita cerita makanan Kayla pulak laa. Lepas balik dari rumah Mama, terus bagitahu Daddy nak pergi Jusco beli ikan untuk Kayla. Niat di hati nak beli tenggiri sebab senang nak potong and tengiri tak banyak tulang tang isi. Senang kerja I nak class kan dia. Sampai Jusco mata I bersinar-sinar silau kena pantulan cahaya salmon. muahahaha cakap je laa nak beli salmon kennn. 

Bukan pe, salmon kan agak mahal, terketar-ketar tangan Daddy nak bayar. hihi Alaaa, beli sebulan sekali je. Kita makan ikan Malaysia pun bagus apa. Murah and segar. Ada orang berdebat dalam group solid food for baby, yang salmon ni memang banyak khasiat if kita dapat ikan yang fresh. Maksudnya kita tinggal dekat oversea la kan. Ikan salmon yang dah sampai Malaysia ni dorang frozen dulu berbulan-bulan and and and yang dekat Malaysia ni bukan ikan salmon liar, tapi salmon farmed dorang panggil. 
Sumber : lindasepp.wordpress.com

I google laa for more information. Dah beli baru nak google kan. Jumpa laa gambar dekat atas tu. Haaa korang baca la sendiri yee. Dah terang-terang ikan salmon yang I beli tu bukan salmon liar sebab colour dia oren bukan merah. And lelemak dia ketara laa nampak line putih. Harga ikan salmon farmed pun dah mahal dekat sini, kalau salmon liar berapa laa harga dia ek? gulp gulp gulp telan liur.



Habis Sushi King pun pakai salmon ni jugak kan? hehe Mentah-mentah I tak reti nak makan. I ada beli satu jugak untuk I. Daddy tak suka salmon, alhamdulillahhhh,jimat. haha I prefer part yang ada lubang tu, haha dekat salmon belly laa tu. Lelemak dia banyak sikit dari isi tengah gini. Yang atas tu untuk Kayla. I picit-picit takot ade tulang lagi kan, penah tengak dalam Master Chef, dorang pakai playa lagi. haha Cabut satu-satu. 



Tips untuk Mommy yang berkerja, boleh buat macam ni sebab nak disfroze senang. Potong ikot portion baby uols nak makan, letak dalam ice tray macam dulu-dulu nak froze puree. Tak kan laa nak disfroze the whole salmon kan,. Pas tu baby makan ciput je. Buat macam ni, rendam dalam air 15 minit dah boleh start grill. Sangat-sangat jimat masa. 

Putih bersih chopping board iols. haha jangan mengata yoo. I selalu masak tau, just I ni particular sedikit kalau chooping board I tukar colour. I sental sampai putih balik. muaahaha gigih!



The same thing I did to chicken. Kayla makan part wing sebab isi dia lembut compare to breast. Breast can go so kering and takut tersedak. Wing tu I belah dua, simpan dalam plastik macam dalam gambar atas. Every time I nak masak, selalu buat sup ayam or bubur ayam, I just disfroze about 15 minutes and boleh laa campak dalam slow cooker, esok pagi siap lembut tinggal nak tumis je. Senang sangat untuk ibu-ibu berkerja. Gigih I keluarkan ayam nak ambik gambar. hehe



While Mommy dok busy dekat dapur, Kayla main dengan Daddy. Nak duduk dalam kotak laa, nak botol minyak yuu yee dia tu laa. Haii sayang Mommy nih, macam-macam. Baru anak sorang. ahaks



Sekian tips dari Mommy Kayla. Kayla say bye-bye to Aunty. haha

Sunday, 15 May 2016

Aktiviti Hari Ini

Salam.

Kayla sangat laa active malam semalam, result nya adalah Kayla tido lambat, I pun tidoq laa lambat jugak. Pengorbanan seorang ibu, eceh wahh. I ni kira antara yang tidur sangat awal dulu time bujang. Kalau tidur lewat mesti ada sebab macam gi tengok wayang, gi jalan-jalan, gi dating hehe Kalau gi kerja, balik kerja, makan malam, dalam pukul 10 malam kompom dah beradu la. Ye laa, esok nak keje lagi, balik awal kan. Sekarang ni waktu tidurku ditentukan oleh my princess. hihi


Tidur lambat, bangun pun lambat. Ni pukul 8 pagi dekat rumah Mama. Dari rumah sampai laa rumah Mama, memang dia akan tidur je. Bagus. 


Sampai rumah mama, macam biasa kena masak makanan Kayla every morning without failed. Breakfast makan roti dengan unsalted butter saje, Kak Yani kata dia suka. Lunch and makan petang, I masak bubur lambuk for baby. Wahhh sedap wei, bau wangi. Seumor hidup tak pernah masak bubur lambuk, tetiba masak version baby. Bolehhhh laa. 

Senang buat bubur lambuk for baby. Tumis bawang putih and bawang holland sampai garing, masukkan serbuk sup + air sedikit saja. Biar rempah naik bau, boleh la masukkan nasi and ayam. Reneh sampai ayam lembut and nasi jadi bubur. Baru laa masukkan sayur pilihan. I pakai carrot and peas je. Nasi ni sebenarnya dah masak dari semalam pakai slow cooker. Masukkan 2 sudu besar beras and 2 ketul ayam, slow cook selama 6 jam, taraaaa jadi laa bubur ayam yang tak siap lagi. Dia lembut je. Ayam pun boleh lembut yang tahap baby boleh makan tanpa nak kunyah pakai gigi. Just nice. 


Ni menu Mommy Kayla pulak for breakfast. Nasi lemak and telur goreng. Sebulan sekali makan nasik lemak apa salah nya kan. hehe (sebulan sekali kehh?)


Tengah hari pula, alang-alang dah keluar pegi marketing kan, so singgah beli nasi putih and sayur sebab kat office Shilla Mei dah masakkan ayam masak halia special edition. yummyyy. Sayur pun tak banyak, bendi saja yang berkenan di hati. Beli laa bendi goreng tu. 



Ayam Masak Halia Special Edition by Shilla Mei

Shilla Mei campak je semua bahan-bahan diatas. Halia, bawang merah, bawang putih, daun sup, ayam, Cukup Rasa Maggi, Minyak bijan, blackpepper. Gaul-gaul sebati, perah selama 30 minit dan masak dalam Multipurpose Electric Lunch Box. Jangan lupa balut dengan plastic dulu dekat atas tu sebab concept nya stim ya kawan-kawan. Nanti banjir pulak ayam masak halia kita. 


Taraaaaaa, siap dah. Tu pun air ayam yang keluar, kalau tak cover dengan plastik lagi banyak air. Jadi sup la. 


Makan dengan nasi putih bersayurkan bendi goreng beli dekat kedai. Abis licin kitorang makan. Macam tak biasa kan. 


Having a break with Chatime. *bukan iklan berbayar yaa kehkeh

Kiri: COCOA LATTE 
Kanan: HONEYDEW MILK TEA with Pearl


Ber-Chatime dengan Ibuk Mery. Duduk tak diam Ibuk nih, berlari-lari dengan air nak buat marketing. haha Jangan marah yaa Ibuk. 

Wednesday, 11 May 2016

Seharian Beberapa Hari Lalu

Salam,

Ada laa dua tiga keping gambar yang takde entri best nak buat so saya letakkan laa sekali. huhu

Pagi-pagi saya mesti fenin nak pikir nak buat pe untuk breakfast Kayla. Memang pening sampai tak buat pe pun. haha xde laa, ade laa buat sesimple roti celup telur kosong je.Tu pun habis wokey Kayla makan. Kak Yani kata, Kayla memang hantu roti. Apa-apa roti pun dia makan. Tapi Kayla cepat boring, dia tak leh menu sama ja selalu. kena selang seli jugak. Macam hari ni makan oat dengan apple, esok buatkan roti telur, esok nya lagi buat laa cucur kentang. Haa macam gitu laa. ios tak kreatif macam Kak MaghFarah. Macam-macam Kak Farah buatkan breakfast untuk Maryam dulu. Saya pun banyak tiru je breakfast Maryam, tapi kannn Maryan suka yogurt, Kayla macam kurengg sikit sebab masam kot kan. 


Salah satu fav breakfast Kayla if Daddy beli piyshangg. Roti Telur Pisang. 

Roti 2 keping
Pisang 1 bijik. kalau pisang kecik buh laa 2 bijik
Telur sebiji

Pecah telur, lenyek pisang setengah biji dalam telur sampai hancur and kacau-kacau dengan telur. Celup roti dalam telur and pisang lenyek tadi tu kedua-dua belah. Lagi setengah biji pisang tu potong nipis susun atas sebelah roti lepas tu masak atas pan dengan sedikit butter. Masak api perlahan sebab takot telur celah-celah pisang tak masak. Baby tak leh makan telur half cooked tau. 


Ni laa kejadian nya. hehe Masak ni dekat rumah Mama, rumah mama takde non stick pan. So masak atas kuali biasa tu. haha habis pisang melekat dekat kuali. buruk naw ruponya. tak pe laa, janji Kayla kenyang. haha Kalau masak atas non stick pan, cantik laa susun-susun pisang tu, sebab pisang tu akan caramelize and takkan meletak dekat pan. 


Ni food Mommy pulak. Tapi Shilla Mei punya resepi, Wonderful Masak Kicap. Pemandangan dekat harusla ade pen, stapler, getah! haha


Nampak ada cendawan dalam ayam masak kicap tu kan, cendawan ni laa kitorang pakai. Lupa nak check nama cendawan ni. Dorang dah potong siap-siap and keringkan, sebelum masak kena rendam air panas dulu baru start masak sekali dengan ayam. Cendawan ni lambat nak lembut. Bila masak sekali dengan ayam, rasa ayam meresap masuk dalam cendawan, rasa cendawan masuk dalam ayam gitewwww. ahaks 



Shilla Mei masak sambal ikan bilis dari rumah, another colleague, Ibu Mery bawak Telur masak Bangladesh. muahaha sedap wooo semua food kitorang. Habis licin. 




Petang pulak, kita kopi-kopi. Bukan nak promote Old Town White Coffee walaupun pekerja kilang dorang banyak customer kitorang tapi kopi dorang je yang kena dengan saya. Kopi lain tak boleh blah, serious sakit kepala bila minum especially Nescafe. 

Layan kopi dengan Shilla Mei petang-petang cicah biskut kering. 



Dinner pulak makan burger tepi jalan. Daddy Kayla panggil local burger. Bila nak order, Daddy mesti order burger kawin, telur lipat, sos tamau dua! haha yang dah biasa paham laa, kalau Daddy gi tempat baru, tepinga-pinga dorang dengar. haha Burger kawin tu ade daging and ayam. Telur lipat tu telur yang dorang leperkan dulu pas tu lipat. Saya tak suka telur yang dalam tak masak tu. Yang dorang masak pakai ring yang bulat tu. I dun likee. Geli-geli dalam mulut rasa. 

Dah sekian makanan saya. hihi

Tuesday, 3 May 2016

Menu Hari Ini - Lunch Box

Salam.

Hari tu dah cerita pasal multipurpose lunch box ni kan dekat entri ini. Nak tunjuk hari ni masak ape plak. Well, macam biasa laa chef kita Shilla Mei, sebab tangan Shilla Mei ada magic. Saya tukang potong sayur and tukang makan je. huhu



Sup Telur & Carrot and Timun Masak Udang. Masak timun tu sepatutnya kering kalau masak pakai api, haha first trial jadi berair la pakai kaedah stim, Tu pun kitorang tutup pakai plastic makanan tu. Kalau tak, wap air masuk lagi banjir laa masak timun kitorang. Ni resepi Shilla Mei, saya tak makan sangat timun, tapi resepi yang ni memang terangkat, sedap woo. Kalau masak pakai api mesti lagi sedap, lepas tu tambah telur last-last tu. Yummy yummyy. 

Sup Telur macam biasa, hiris carrot nipis-nipis, campak kiub ayam 1, daun bawang sikit, minyak bijan sikit, boiling dulu bagi carrot lembut then baru masukkan telur, Siapp.



Ayam Masak Kicap Champion Shilla Mei pakai Lunch Box. 

Bahan-bahan nya adalah :
Kicap pedas manis Mahsuri
Sos tiram
Minyak bijan
Sos cili
Black pepper
Dada ayam 
Cili Api
Daun sup
Bawang besar



Campur semua bahan, gaul-gaul bagi sebati. Kitorang perap dalam 30 minit, baru masukkan dalam lunch box. 



Hasilnya setelah masak selama 1jam. Ayam sangat moist, perasa semua masuk dalam isi ayam. Rasa pedas-pedas manis makan dengan nasi panas. Fuhh, yummy. Enjoy. 

Thursday, 28 April 2016

Multipurpose Electric Lunch Box

Salam.

Saya nak kongsi satu gadget ni. Nama MULTIPURPOSE ELECTRIC LUNCH BOX. Best tak? best tak nama dia? hehe


Dulu masa saya study, kenapa laa takde bende alahh ni? kalau tak, jimat makan masak sendiri. Bila tak dapat nak masak dekat kolej, kita lepas geram masak kat office. (mintak-mintak orang hq tak baca). 

Sebenarnya saya beli lunch box ni selepas baca pasal macam mana nak handle travel food for baby. So salah satunya lunch box ni bawak masak dalam hotel. Baby kan makan yang stim-stim je. So senang pakai lunch box ni. Boleh juga masak nasi. Lunch box macam ni ada 2 jenis, satu fungsinya untuk panaskan makanan sahaja, and lagi satu boleh masak. Kalau baca dekat manual or description dia tulis boleh masak nasi,maksud nya boleh laa masak kat office. ghehe

Cita-cita nak travel pusing dunia (banyak duit mu!!) sebab tu laa gagah juga la beli lunch box ni. Bila beli lunch box ni, tak de plak Daddy Kayla nak bawak Mommy pi jalan kan. Parking je laa lunch box tu kat rumah. Hari-hari limpas lunch box ni masa nak gi kerja, one day saya pun gatal tangan bawak gi office sebab kalau dok kat rumah pun bukan nya pakai. Meh laa kita try masak soup ke kan. Saya pun bawak laa fishball dalam 10 biji, kiub ayam 1 dan sebiji telur. First trial BERJAYAAA! tapi lupa nak ambik gambar. 



Ni la rupanya lunch box tu. Tapi yang ni Shilla Mei punya. Dia pun terpengaruh dengan adegan masak memasak, so beli la satu yang 2 tingkat. Saya punya setingkat saja sebab kecik senang nak bawak gi travel. Shilla Mei beli memang khas untuk masak kat office. Kitorang beli dekat Lazada. Shilla Mei punya 2 tingkat RM58 and saya punya RM48. Kalau korang nak tahu, kami ni hantu sup! Bagi segelen soup pun boleh kitorang hirup. hehe pakai lunch box ni sesuai buat soup, maka hari-hari la makan soup dengan Shilla Mei sampai ade time tu jemu, kitorang stop jab. Bawak bekal dari rumah, panaskan pakai microwave je kat office. Takde laa suppppp je kan.




Yang kecik purple tu saya punya, untuk Kayla kalau travel. Tapi mommy rasmi dulu dekat office. 


Bila bukak lunch box tu, jadi cam ni laa. De dorang bagi tempat stim telur jugak tapi saya tinggal kat rumah. Cara masak hanya letak air dibahagian bawah tu, nanti air tu didih so masak la soup kita jugak. 


Gambar semua ni yang sempat kitorang ambik la. Selalu menu repeat je. Disebabkan Shilla Mei masak ayam masak kicap sedap, so banyak kali laa ayam masak kicap lalu. hihi


Menu atas ni ayam masak kicap dengan fish ball, sayur labu air dengan seafood tofu. Ayam masak Shilla Mei simple je, dia campak ayam, kicap manis, sos tiram, sos cili sedikit, minyak bijan and potong cili bagi pedas. Hujung -hujung nak masak tu campak laa fish ball and daun sup. Semua bahan kitorang bawak dari rumah yang dah siap basuh and potong. Sup labu air tu lagi laa senang, campak kiub ayam seketul, masuk labu air and tofu tu. Dah siapp. 



Yang ni menu nya Tomyam Ikan Patin sebab nak abis kan stok kat rumah. Sedap juga, lemak ikan patin keluar sebab tu la minyak berlinangan. Sayur pulak sup brocolli and telur. 


Ayam masak kicap lagi and Dumpling in Tomyam soup. Semua menu ni takde yang tumis-tumis tau. Semua Shilla Mei campak-campak jee.


Ayam masak kicap lagiiii and Sup kentang carrot and telur. Yang ni fav kitorang. 


Kali ni lauk banyak sikit boleh buat, dapat tiga sekali bila dua-dua lunch box bukak. Ayam masak kicap lagi dan lagiii, Ikan talapia hitam stim blackpepper dan sayur bayam with fishball. 3 orang dapat makan ni.



Tomyam Ayam and Labu Special from Shilla Mei. Asyik Shilla Mei je masak, ko buat pee? haha
Saya bukan peminat labu, tapi kann, yang ni sedap pulokk. Shilla Mei cakap dia gaul dengan minyak bijan and blackpepper je. Mak aii, punya laa sedapp. Tomyam tu takyah laa cerita, senang sangat, masuk ayam, kiub tomyam 3 potong serai kecik-kecik, biar masak ayam tu dulu baru masuk kan daun limau purut and daun ketumbar. Siapppp.


Ayam masak Kicap Shilla Mei dengan hotdog cumil. Layannzz.. 

p/s: abaikan pantry kami yang tak berapa nak kemas.