Showing posts with label Food for Kayla. Show all posts
Showing posts with label Food for Kayla. Show all posts

Tuesday, 26 April 2016

Cucur Kentang

Salam.

Haaa yang ni snack fav Kayla. Cucur Kentang, boleh buat untuk makan pagi and petang.
Sedap betol, boleh olah sikit jadi cucuk untuk mommy and daddy gak. 


Bahan-bahan:

Sebiji kentang yang disagat
2 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil serbuk ikan bilis
Setengah biji telur

Gaul semua bahan and boleh laa goreng dengan minyak sedikit (shallow fry). Saya rasa laa kan, kentang tu keluar air agak banyak, so bila dah abis sagat tu cuba perah buang air sedikit. Sebab nanti bancuhan jadi cair. 


Goreng sebelah bagi garing dulu. 



Goreng pulak lagi sebelah. hehe mesti la goreng dua-dua belah. ayoooo


Dah siap, agak berminyakkan untuk baby, so lap lap la sikit dengan tisu dapur. Tisu dapur tebal so takkan melekat dekat cucur. Dekat tepi tepi cucur tu ranggup. iloikeee.. 


Kembang kembang hidung nak bagitau sedap kot. hahaha


Yee mommy tau sedap. =)

Apple Raisin Pancake

Salam.

Menu ni boleh buat breakfast or minum petang untuk baby. Seawal 10 bulan dah boleh dah (kena pass telur ye) sebab dia lembut, takde gigi pun boleh ni. Kalau mommies takot tercekik boleh laa cubit sikit-sikit bagi baby makan. 

Apple Raisin Pancake


Bahan-bahan:

Setengah biji apple
10 biji raisin hitam 
Setengah biji telur
Sekeping roti

Apple tak payah stim pun takpe. Apple and raisin tu blend bagi halus. Roti rendam dalam air suam, air suam sedikit sahaja nak bagi roti lembut, Jangan laa sampai banjir air tu. Lenyek-lenyek roti yang dah lembut tu, masukkan telur and bahan blend tadi. Kacau-kacau, dah boleh masak atas non-stick pan. Letak unsalted butter sikit or minyak untuk taknak bagi melekat. Dah siap. 






Potong panjang-panjang bagi Kayla makan sendiri. 


Makan ye nakk.. 


Abis 2 ketul untuk sarapan sambil tengok Didi and Friends. 

Mee Suah Kayla

Salam.

Bila offday saya baru ada masa lebih sedikit untuk buat breakfast Kayla and ambik gambar bagai. Kalau hari kerja, saya buat juga sarapan untuk Kayla tapi memang tak sempat nak ambik gambar sebab keluar rumah je dalam pukul 07:45am, singgah rumah mama drop Kayla and time tu gak laa nak masak makanan Kayla. Tetiba tangan saya jadi banyak cam sotong sebab kelam kabut haa nak siap kan sebelum pukul 08:30am. Nak kena log in kat office before pukul 09:00am. 

First time saya nak share makanan Kayla kat sini sebab saya selalu baca blog MaghFarah untuk resepi-resepi best untuk Kayla. Bila ada resepi, kita try laa buat sendiri iyo dok. Bak kata Kak Farah, ramai lagi mommy kat luar sana with lots of recipes and berkhasiat tapi dorang tak kongsikan. So, bila saya kongsi harap dapat sama-sama bagi makanan berkhasiat untuk anak-anak kita. Bukan laa saya ni fussy sangat pasal makanan anak saya, saya try as much as I can sebab kalau saya sendiri sumbat anak saya dengan makanan yang bukan-bukan, belakang saya lagi laa ramai yang akan suap dia makanan yang saya tak suka. At least boleh reduces kan sedikit. #nosaltnosugar

Kawan saya pesan, buat blog jangan mebebel banyak sangat, suruh bubuh gambar banyak-banyak. hihi baikkk laa. Tapi entri ni ada 2 je gambar. hehehe


Mee Suah Goreng

Bahan-bahan:

Segulung mee suah
Sayur (celery,peas and carrot)
Bawang putih and bawang merah untuk menumis
Homemade chicken stock (dalam gambar tu chicken stock TqahNasir)

Mula-mula rendam mee suah dalam air panas sampai lembut, and tos kan. Tumis bawang putih and merah sampai naik bau, masukkan sayur semua and chicken stock. Bila sayur dah lembut boleh laa masukkan mee suah and kacau sampai kering. Kalau nak berkuah, masukkan lebih chicken stock. Siap. 


Baby 10 bulan dah boleh makan ni, kalau tak makan kasar, sila laa blend. Kayla time ni dah boleh makan kasar sebab dia gatal gusi. So makanan ni secara tidak langsung boleh garu-garu gusi dia. hahaha

Letak dalam termos nak bagi tahan panas sebab kalau nak panaskan nanti takot jadi soggy.