Salam.
Cerita ni lebih kurang tarikh 24/10/2015 la sebab time ni keluar makan celebrate birthday Azieda. Teringin sangat nak makan sushi, so plan nak makan kat Sushi Zanmai, Main Place Usj 21. Sebenarnya selalu makan dekat Sushi King, tapi time ni saja nak try Sushi Zanmai. Mana tau lain rasa nya kan. Selain Sushi King, ada juga makan dekat Sakae Sushi yang gambar katak hijau tu. hihi Well, Sakae Sushi memang sedap and menu lain sedikit dengan Sushi King. Tapi Sakae Sushi agak mahal compare to Sushi King. Mahal Sakae Sushi, mahal lagi Sushi Zanmai nih. -__-
Sekali sekala boleh laa.
Tepat pukul 6 petang, abis je kerja terus balik rumah Mama ambik Kayla. Kayla pun nak celebrate jugak semperna 6 bulan.
Haa tengok, cake pun ada dua. haha Happy Birthday Azieda and Kayla. Tapi Kayla tak makan pun laa kan cake tu. Gilaa. Mommy Kayla tolong makan. hihi
Sexy Birthday Girls and Mommy Kayla. Kayla time ni boleh duduk dah sendiri tapi kadang-kadang tu terhoyong-hayang jugak laa badan dia nak seimbangkan.
Ada juga kadang-kadang bawak bantak kecik untuk support belakang dia time duduk dalam baby chair.
Makan sup panas sampai merah muka Shilla Mei.
Makan sup ni laa, BEEF SUKIYAKI. Actually kitorang salah cara makan sup nih. Maklumlaa, bukan orang Korea! Kitorang makan la ikot sedap je. Dorang provided sup, sayur, daging and telur. Kitorang campak semua macam steamboat. haha Padahal lepas baca blog Kak Su, baru laa tau macam mana nak makan. Maluuuu! Boleh pulak lepas makan sini baru jumpa entri Kak Su tu.
Saya and Shilla Mei hantu sup, apa-apa sup pun kitorang hirup sampai habis. Yang sup rasa manis cendawan and daging. Layanz sampai kembung perut. Azieda makan sikit je. Birthday sapa sekarang ni?? HAHA
Masa makan, letak Kayla dalam stroller. Boleh laa 15 minit je main dengan mainan dia tu, lepas tu dia kayuh-kayuh kaki nak suruh angkat. Aunty Azie perati je perangai mu Kayla. haip haip Aunty Azie garang tau.
Antara menu yang kitorang order. Nama menu harap maklum laa, tak ingat. Yang mana ingat boleh laa selit dalam ni. Edamame yang kacang hijau tu, makan panas-panas sedap. Makan biji dia saja ok, kulit buang. hihi Yang berlidi tu scallop, so-so je, Tak minat laa.
Apa-apa saja yang ada Unagi, memang fav Shilla Mei and me. Fuhh, tergoda tengok gambar.
Side view dia. Sekali ngapp, menikmati Unagi, timun jepun, telur and nasi sushi tu. Nikmat sangat. Unagi tu belut ye.
Yang panjang ni isi Unagi sahaja. Masya Allah sedap sangat nih. Kalau ikot kan yang ni lagi murah dari Sushi King ikot saiz and harga. Puas gila makan. Berebut-rebut dengan Shilla Mei lagi. Terliur~
Yang 4 ketul dekat belakang tu, tak tau nama tapi ada soft shell crab dekat dalam. Pun sedap. Dun worry, kalau mommy Kayla cakap sedap, memang sedap ok. Kalau tak sedap, iols terus terang je.
Atas tu udng grill, letak mayo dorang and timun jepungg belah dalam. 4/5 bintang.
Yang ada nasi sushi dalam tofu tu and topping with cray fish (udang kecik) goreng ranggup. Ni semua menu iols da melayukan nama dia. Nama jepun dia tak ingat. hehe
Yang lain-lain kitorang amek dari sushi belt. Ngappp semua.. Lagi sekali, birthday sapa sebenarnya ni? haha
No comments:
Post a Comment