Salam.
Homemade Chicken Stock or Bone Broth (BB) ni saya belajar dari FB group and resepi saya gabungkan semua resepi yang dorang penah buat. Yang mana ok saya ambik, mana tak ok saya tak masukkan laa. BB ni sangat bagus untuk baby, boleh boost immune system dorang. Boleh kurangkan laa demam ke batuk ke selesema ke. Kita pakai rangka ayam sebab nak serap semua kalsium dalam tulang ayam tu.
Dulu saya beli je homemade BB ni dekat TqahNasir, bila ada kesempatan baru laa saya buat sendiri.
Homemade Chicken Stock or Bone Broth
Bahan-bahan:
Rangka Ayam Organik
(bukan ayam dekat pasar tau, kalau untuk baby saya tak kisah belanja lebih sedikit.)
Celery
Leek
Carrot
Bawang Holland
Garlic
Rempah 4 beradik
Tomato
Saya guna tomato sebab BB ni memerlukan asid untuk uraikan kalsium dalam tulang ayam tu masuk ke dalam BB. Sepatutnya guna Apple Cider Vinegar (ACV) tapi dekat rumah takde pulak. Boleh jugak gantikan dengan perahan lemon.
Masukkan semua bahan dalam pressure cooker, macam dalam gambar diatas. Selain pressure cooker, boleh masak guna slow cooker. Slow cooker dekat rumah saya sangat laa comel (0.7 liter) sebab guna untuk masak bubur Kayla je. Yang BB ni mau 2-3 liter.
Guna slow cooker mesti ambik masa 10-12 jam, pressure cooker saya buat 4 jam sahaja.
Hasil selepas 4 jam dalam pressure cooker.
Tulang-temulang yang sudah hancur.
Lepas dah sejuk sedikit BB ni, boleh laa tapis masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk belah bawah untuk keraskan lemak ayam dulu.
Butir-butir lemak ayam tu lepas dah keras, kita buang yee. Ambik sup nya sahaja. Sama juga dengan bahan-bahan lain, semua dah tiada khasiat dah. Serap dalam sup. Boleh laa buang juga. Pernah baca dekat group FB tu, mommy sorang ni gigih asingkan sayur and isi ayam dari tulang lepas dah tapis air sup tu. Lepas tu isi ayam n sayur yang dah lembik tu mommy tu buat chicken paste katanya. Mommy-mommy semua, bahan-bahan tu dah jadi hampas dah. Tak yah laa bagi baby kita makan. Kalau dah sayang sangat, mommy je laa makan hampas tu. ptffff
Lepas dah buang lapisan lemak yang tebal tu, boleh la masukkan kedalam bekas kecik-kecik macam ni yee. Supaya nanti nak bekukan senang, and bila nak guna ambik je 2 bekas masukkan kedalam makanan baby. BB saya ada lemak sikit-sikit saya tinggalkan. Bad mommy! bukan apa, Kayla kurus je.
Dapat la dalam 30 bekas, boleh pakai dalam 2 minggu. Bau wangi je BB ni tau. Masak bubur boleh guna BB ni, sedap! Bukan bubur je, nasi ayam baby, apa-apa masakkan yang pakai air, boleh gantikan dengan BB ni.
Salam..hope sudi kongsi rangka ayam organik beli dimana ye?
ReplyDeletetq..
Ya.. nak tny soalan yang sama. Tulang tu beli kat mana ya? Sebab saya cari ayam azzain, takde tulang. Isi je..
ReplyDeletebaby 6 bulan blh x mkn mcm ni
ReplyDeletesaya dh terbeli kaki ayam yg kt pasar malam...boleh guna ke atau kne beli yg organic jugak utk buat cbb nie?
ReplyDeleteSy beli ayam kat ladangku.. Ayam organic. Nti mummies bleh google ayam ladangku ya!
ReplyDelete