Saturday 4 June 2016

Banana Pancake

Salam.


Aktiviti masa Mommy Kayla off day. Lepak dekat rumah je. Malas pulak nak keluar. 


Hobi saya adalah gigit jari. Sebab saya tengah berpikir apa nak buat pulakkkk. Comforter tu I letak dekat belakang Kayla sebab dia asyik nak main atas sofa. I pulak takut dia terhantuk ke, terjatuh ke bawah ke. Ishhh turun kan dia ke bawah je, malalak menangis! I dukung je naik atas sofa, tersenyum wehhh. Terus cakap 'catss catsss' panggil kucing. Padahal mana ada kucing pun. Cat dia ada 'essss' dekat belakang. huhu


Kita golek-golek laa Mommy. Tapi Mommy tak muat nak golek atas sofa. hihi Dia bangun lompat lompat, pas tu hempas badan atas comforter tu, tu yang I takot tu. 


Lepas mandi petang tu, main dalam bilik Mommy pulak. Suka main lampu tu, elok je lepas dia main, rosak terus. aishhh



Main laa Kayla oii, nanti Daddy tukar bulb baru ye. 


Turun bawah laa, atas banyak barang dia boleh capai. Kang tak pasal je kena hempap dengan TV. 


Mommy nak buat Banana Pancake untuk minum petang. 

Bahan-bahan:

Pisang 2 bijik
Telur sebijik
Olive oil 3 sudu besar
Tepung setengah cawan
Air/ Fresh Milk setengah cawan



Blend je semua sekali bagi gebus gebas. Tolang laa abai kan dapur iols yang tak teratur. hihi 
Blender ni Mama bagi hadiah kahwin satu set. I love u Mama. 


Ni laa lepas blend. 


Macam biasa, masak atas pan. Tapi tak cantik laa, tak bulat. Tak pe, janji sedap. 


Besar laa pulak gambar nya, pancake ni satu jee. Ni gambar first, Kayla dah nangis dah nak makan. Tak sempat laa nak amek gambar lawa-lawa. Niat nak buat blueberry sauce tapi kalau dah merengek tepi I ni macam mana laa nak buat sauce. 

Habis 3 pancake. Alhamdulillah. 
Selamat mencuba. 


No comments:

Post a Comment