Salam.
Nak cerita lagi menu me and Shilla Mei masak pakai Lunch Box tu. Mesti korang tau kan lunch box tu apa kan. Kalau tak tahu, klik sini.
Fish Ball Soup with Fucuk Suhoon & Egg
Gittew laa agaknya ejaan suhoon tu. Janji ada bunyi-bunyi dia kan. Fish ball tu I bawak dari rumah, fucuk and suhoon tu Shilla Mei bawak and telur tu I beli je dekat keai runcit depan office tu.
Senang sangat nak masak dia. Pagi ade masakkan sup untuk Kayla, kena tumis bawang putih and halia, so I lebihkan sedikit tumisan tu and asingkan sebelum masak sup Kayla. So bawang putih and halia tu terendam la dalam minyak sedikit I bawak datang office and campak je dalam air panas sekali dengan kiub ikan bilis, fucuk and suhoon. Masak dalam lunch box lebih kurang dalam 30 minit, baru masukkan fish ball and telur. Sebab fish ball dan telur bukan lama pun kan nak masak.
Continue masak dalam 15 minit then Taraaaaaa siap. Boleh laa makan dengan nasi putih. Murah, sedap dan jimat hokey. Sejak buat macam ni dekat office, jimat banyak tau. Kalau tak, sehari mesti dalam RM10-RM15 keluar duit untuk makan sahaja. Kat sini takde gerai-gerai jual macam nasi campur ke, food court ke. Ada kedai mamak je, tu pun cekik darah punya mamak. Sebab dia je kedai makan halal selain Pappa Rich dekat bangunan nih. So harga mahal sangat. -___-
Bihun Sup Utara Mama
Balik kerja macam biasa, singgah rumah Mama nak ambik Kayla. Kalau hari Ahad hujung minggu Mama mesti masak apa-apa untuk makan petang and malam. Sebab hari lain Mama tak masak. Hujung minggu je Mama masak special. Minggu lepas mama buat bihun sup utara tapi pakai sambal kicap sebab kitorang prefer sambal kicap dari sambal merah.
Sebenoo nye tak pandai nak buat sambal merah, selalu tak sedap dan bau cili kuat sangat. Senang buat sambal kicap Johor style. Fuhhhh berpeluh nak habiskan semangkuk.
Meh nak share sambal kicap style Mama.
Bahan-bahan:
1 labu bawang putih
2 biji bawang besar
10 biji cili padi hijau
Limau nipis setengah biji
Kicap masin/manis 10 sudu besar
Garam/gula secukup rasa
Mula-mula goreng dengan minyak sedikit bawang putih, bawang besar dan cili padi. Agak-agak dah layu dan masak sedikit, angkat dan toskan minyak tu. Kita tak nak minyak tu. Bahan-bahan tu dah sejuk baru boleh blend.
Blend tak payah guna air, guna kicap pengganti air, so kicap tu agak-agak sampai blender boleh pusing, kalau blender tu tak bergerak, tambah kicap sikit-sikit. Jangan kicap terlebih nanti cair sangat pulak. Kalau ikot sukatan tu mesti jadi elok sambal kicap. Eh lupa, sebelum blend masukkan juga garam or gula. If pakai kicap manis, masukkan garam. If masukkan kicap masin, tambah gula la. So rasa dia balance gitteww. Last baru perah limau nipis, rasa mesti ngam-ngam masam, manis dan masin. Siap.
Kita cerita makanan Kayla pulak laa. Lepas balik dari rumah Mama, terus bagitahu Daddy nak pergi Jusco beli ikan untuk Kayla. Niat di hati nak beli tenggiri sebab senang nak potong and tengiri tak banyak tulang tang isi. Senang kerja I nak class kan dia. Sampai Jusco mata I bersinar-sinar silau kena pantulan cahaya salmon. muahahaha cakap je laa nak beli salmon kennn.
Bukan pe, salmon kan agak mahal, terketar-ketar tangan Daddy nak bayar. hihi Alaaa, beli sebulan sekali je. Kita makan ikan Malaysia pun bagus apa. Murah and segar. Ada orang berdebat dalam group solid food for baby, yang salmon ni memang banyak khasiat if kita dapat ikan yang fresh. Maksudnya kita tinggal dekat oversea la kan. Ikan salmon yang dah sampai Malaysia ni dorang frozen dulu berbulan-bulan and and and yang dekat Malaysia ni bukan ikan salmon liar, tapi salmon farmed dorang panggil.
Sumber : lindasepp.wordpress.com
I google laa for more information. Dah beli baru nak google kan. Jumpa laa gambar dekat atas tu. Haaa korang baca la sendiri yee. Dah terang-terang ikan salmon yang I beli tu bukan salmon liar sebab colour dia oren bukan merah. And lelemak dia ketara laa nampak line putih. Harga ikan salmon farmed pun dah mahal dekat sini, kalau salmon liar berapa laa harga dia ek? gulp gulp gulp telan liur.
Habis Sushi King pun pakai salmon ni jugak kan? hehe Mentah-mentah I tak reti nak makan. I ada beli satu jugak untuk I. Daddy tak suka salmon, alhamdulillahhhh,jimat. haha I prefer part yang ada lubang tu, haha dekat salmon belly laa tu. Lelemak dia banyak sikit dari isi tengah gini. Yang atas tu untuk Kayla. I picit-picit takot ade tulang lagi kan, penah tengak dalam Master Chef, dorang pakai playa lagi. haha Cabut satu-satu.
Tips untuk Mommy yang berkerja, boleh buat macam ni sebab nak disfroze senang. Potong ikot portion baby uols nak makan, letak dalam ice tray macam dulu-dulu nak froze puree. Tak kan laa nak disfroze the whole salmon kan,. Pas tu baby makan ciput je. Buat macam ni, rendam dalam air 15 minit dah boleh start grill. Sangat-sangat jimat masa.
Putih bersih chopping board iols. haha jangan mengata yoo. I selalu masak tau, just I ni particular sedikit kalau chooping board I tukar colour. I sental sampai putih balik. muaahaha gigih!
The same thing I did to chicken. Kayla makan part wing sebab isi dia lembut compare to breast. Breast can go so kering and takut tersedak. Wing tu I belah dua, simpan dalam plastik macam dalam gambar atas. Every time I nak masak, selalu buat sup ayam or bubur ayam, I just disfroze about 15 minutes and boleh laa campak dalam slow cooker, esok pagi siap lembut tinggal nak tumis je. Senang sangat untuk ibu-ibu berkerja. Gigih I keluarkan ayam nak ambik gambar. hehe
While Mommy dok busy dekat dapur, Kayla main dengan Daddy. Nak duduk dalam kotak laa, nak botol minyak yuu yee dia tu laa. Haii sayang Mommy nih, macam-macam. Baru anak sorang. ahaks
Sekian tips dari Mommy Kayla. Kayla say bye-bye to Aunty. haha
No comments:
Post a Comment