Salam.
Kayla sangat laa active malam semalam, result nya adalah Kayla tido lambat, I pun tidoq laa lambat jugak. Pengorbanan seorang ibu, eceh wahh. I ni kira antara yang tidur sangat awal dulu time bujang. Kalau tidur lewat mesti ada sebab macam gi tengok wayang, gi jalan-jalan, gi dating hehe Kalau gi kerja, balik kerja, makan malam, dalam pukul 10 malam kompom dah beradu la. Ye laa, esok nak keje lagi, balik awal kan. Sekarang ni waktu tidurku ditentukan oleh my princess. hihi
Tidur lambat, bangun pun lambat. Ni pukul 8 pagi dekat rumah Mama. Dari rumah sampai laa rumah Mama, memang dia akan tidur je. Bagus.
Sampai rumah mama, macam biasa kena masak makanan Kayla every morning without failed. Breakfast makan roti dengan unsalted butter saje, Kak Yani kata dia suka. Lunch and makan petang, I masak bubur lambuk for baby. Wahhh sedap wei, bau wangi. Seumor hidup tak pernah masak bubur lambuk, tetiba masak version baby. Bolehhhh laa.
Senang buat bubur lambuk for baby. Tumis bawang putih and bawang holland sampai garing, masukkan serbuk sup + air sedikit saja. Biar rempah naik bau, boleh la masukkan nasi and ayam. Reneh sampai ayam lembut and nasi jadi bubur. Baru laa masukkan sayur pilihan. I pakai carrot and peas je. Nasi ni sebenarnya dah masak dari semalam pakai slow cooker. Masukkan 2 sudu besar beras and 2 ketul ayam, slow cook selama 6 jam, taraaaa jadi laa bubur ayam yang tak siap lagi. Dia lembut je. Ayam pun boleh lembut yang tahap baby boleh makan tanpa nak kunyah pakai gigi. Just nice.
Ni menu Mommy Kayla pulak for breakfast. Nasi lemak and telur goreng. Sebulan sekali makan nasik lemak apa salah nya kan. hehe (sebulan sekali kehh?)
Tengah hari pula, alang-alang dah keluar pegi marketing kan, so singgah beli nasi putih and sayur sebab kat office Shilla Mei dah masakkan ayam masak halia special edition. yummyyy. Sayur pun tak banyak, bendi saja yang berkenan di hati. Beli laa bendi goreng tu.
Ayam Masak Halia Special Edition by Shilla Mei
Shilla Mei campak je semua bahan-bahan diatas. Halia, bawang merah, bawang putih, daun sup, ayam, Cukup Rasa Maggi, Minyak bijan, blackpepper. Gaul-gaul sebati, perah selama 30 minit dan masak dalam Multipurpose Electric Lunch Box. Jangan lupa balut dengan plastic dulu dekat atas tu sebab concept nya stim ya kawan-kawan. Nanti banjir pulak ayam masak halia kita.
Taraaaaaa, siap dah. Tu pun air ayam yang keluar, kalau tak cover dengan plastik lagi banyak air. Jadi sup la.
Makan dengan nasi putih bersayurkan bendi goreng beli dekat kedai. Abis licin kitorang makan. Macam tak biasa kan.
Having a break with Chatime. *bukan iklan berbayar yaa kehkeh
Kiri: COCOA LATTE
Kanan: HONEYDEW MILK TEA with Pearl
Ber-Chatime dengan Ibuk Mery. Duduk tak diam Ibuk nih, berlari-lari dengan air nak buat marketing. haha Jangan marah yaa Ibuk.
No comments:
Post a Comment