Friday 29 April 2016

Mikayla NB - 12 Months




New Born Princess


1 month


2 months


3 months



4 months


5 months


6 months


7 months




8 months and Astro remote control is my fav toy! 




Little Ballerina 9 months 


10 months


11 months


12 month

Mommy love u so much Kayla.. 


Dolly Dimsum

Salam. 

Selalu dengar my cousin, Baby (sweet kann) cerita dia selalu makan dekat Dolly Dimsum dekat Avenue K. So pergi Port Dickson masa tu Kayla baru umur 5 bulan, Acu balik dari Qatar harusss pergi berweekend dekat Port Dickson, tempat wajib Acu bawak kitorang jalan-jalan. hihi

Introducingggg My Fav Cousin Babyyyyy (single and availabe wokeyy)





Kayla 5 Bulan time ni dok mandi laut dengan Acu (oh lupa, Acu is my aunty, adik Mama)
Kayla first time mandi laut, mula-mula takot, lepas dah berani sikit, mula laa tepuk-tepuk air laut tu, bila air laut tu tepercik dekat muka masuk mulut air masin, kemainnn dia jilat-jilat air masin tu. Sedap kot. hihi



Atuk bawak mandi swimming pool. 


Acu ajar Kayla swimming. Bagus, jadi cam anak mat saleh, siap floating lagi dalam air. 


Mak Ngah dengan Kayla. Semua excited nak bawak Kayla mandi. 


Kayla and Makcu Risa. 


Mommy and Kayla muka happy mandi laut. Ok, jum cerita pasal Dolly Dimsum. Dulu ada dekat Avenue K sahaja, sekarang dah bukak lagi 1 dekat NU Sentral. Lepas balik je dari PD, mama tanak balik rumah terus, nak jalan-jalan dulu sebab masa tu dalam pukul 2pm cam tu. So we decide nak pergi Dolly Dimsum laa since tak de plan mana-mana. Lepas 1 hajat iols. 

Awal-awal nak mintak ampun banyak sebab masa kejadian ni saya takde pun terfikir nak masukkan dalam blog, so saya takde laa nak ingat semua nama-nama menu. Ada gambar je. Hampunnnnn..



Menu ni tak salah nama chee chew fun cam tu laa, lua tu cam kulit kotiaw, dalam inti udang yang sangat sedap. Cicah pulak dengan sambal udang kering dekat tepi pinggan tu. Memang sedap and kitorang repeat 2 kali woo. Selain inti udang, boleh pilih ayam juga. 


Nama taktau, dalam inti tak salah udang and daun kucai. bolehh la. 


Ni sotong. Taktau nama, and rasa dia so-so je. Macam sotong stim halia. hihi iols bukan peminat sotong, so tak syahdu sangat makan yang ni. 


Sejenis dimsum juga laa, hehe inti dalam udang. Sedap kalau cicah sauce. 


Abah and Apit menikmati hidangan. Ada kitorang order nasi goreng, Bagi kenyang sikit kan, Takan nak ratah jee (saya laa tu haha).


Siaran ulangan. 


Yang semua orang tau kot, typical dimsum inti ayam. Cuma yang up sikit laa rasa dia sebab mahal sikit. 


The Star of the Day!! Custard BUN yang maha sedapppppp!! sumpah tak tipu. Kena makan panas-panas yee, baru laa cair je custard tu. 


Tengok tuuuu, mak aiiiii.. Daddyyy, jom dinner Dolly! eh..


Mama iols and Acu


WARNING! Kayla bukan menyusu hokeyy.. Kayla tengah tido sebab penat sangat mandi laut. Bagus jugak dia tido, mommy boleh makan dengan amannn. hihi Kayla ni kalau dia nak tido, dia nak cium bau ketiak mommy dia jugak. Baru lena, kalau Daddy dia pun tanak. Mommy nak mengelat kekadang pun tak leh. -__-


Lovely Couple, Apit and Risa. 


Baby and Me. Sekali lagi, Kayla bukan menyusu, dia tidoq. 


Apit and Abah. 


Last sekali order desert pulak. Churros with Chocolate Sauce. Actually Dolly Dimsum and ada satu Mexican Cuisine restaurant under one roof. So, waiter tu datang offer desert dari Mexican restaurant tu, kitorang layan je laa. 


Mommy menikamati Churros tanpa gangguan. yahoooo. Kayla tido sampai sudah mommy makan. Bahagia nyaa nakk. Baru iols perasan yang rambut saya BOTAK dah kat belah depan tu! omg! omg!
Sebab time ni Kayla dok syok menyembur air liur. Ingat gugur rambur yang panjang-panjang kat belakang tu, so takde laa obvious sangat kan. Sampai depan botak. Ayoooo. Tapi sekarang dah ok sikit kot. Kayla sekarang dah setahun.  



Mek Kayla dah bangun dahh. Manja Atuk nihh.  




Cukup tido, cukup makan, Saya happy. 


Bluekkk Mommy.. Jom balik. 



Acu culik Kayla masa mommy kirijaa. 


Setahun Pantang Laksa

Salam Jumaat.

Dari semalam lagi dok berlagu dekat office nak makan laksa, nak makan laksa. So, hari ini kena la pi cari juga kan. Sebab hari jumaat senang sikit nak cari laksa, Za, officemate cakap dekat masjid dorang jual laksa. 

Dalam pukul 11, keluar pergi marketing dengan staffs saya. Pusing-pusing sampai pukul 12:30pm tingggggg, harus laa cepat-cepat pergi dekat masjid. Sampai je orang nak gi sembahyang jumaat ramai sangat. Saya ni jarang keluar hari jumaat sebab Shilla Mei cuti. Kalau Shilla Mei cuti, saya tak boleh tinggalkan office. Dululaa, sebab Za and Azie baru lagi kerja. Sekarang masing-masing dah pandai jaga diri sendiri dah. Bagussss.. Boleh iols ngulorrr eh marketing la. muahhaha

Bila sesekali keluar gi beli dekat masjid ni, dah macam pasar malam pulak. Ramai orang jual makanan and semestinya laku macam goreng pisang panas. Turun je kereta, terus cari gerai jual laksa, ada 1 je makcik jual laksa dekat situ. Nak tanak kena laa beli. Dah pulak kena berebut order dengan orang nak gi sembahyang. Takpe bang, saya mengalah laa dalam 2-3 orang pakcik dapat dulu order, lepas tu tak de takdeee, MAKCIKK, LAKSA 2!! hahaha buat-buat garang. 

Al-kisahnya, saya ni dah setahun tak makan laksa sebab pantang lepas bersalin. 24/4 hari tu genap la setahun, maklum laa nak jadi cam Che Ta. Tang mana Kamilah?? lubang hidung pon belum tentu lagi Che Ta. hahaha 

Dapat je laksa, trus zasss balik office, dengan tak sabar nyaa nak makan laksa. 


Ni laa rupa laksa makcik tu. Lepas dah kacau baru ingat nak ambik gambar. Nora bagi 2 bintang. Ni laksa budak sekolah saya panggil, sebab laksa untuk budak sekolah nye cincai. Kuah cair, telur takde, ulam pun asal boleh jee. Cas RM4.00. Boleh la buat lepas tekak. Hmmm kena masak sendiri jugak nih. Kalau masak sendiri, boleh letak sebanyak mana telur rebus kita nak, otak udang letak banyak-banyak sampai kuah jadi colour gelap. hihi  Mama champion laa buat laksa. Dulu arwah Tok Sariah champion, huwaa rindu tok. Tok Sariah adalah emak Abah, nenek saya la. Tok tak penah miss buat laksa every year. Even sakit-sakit pun mesti masak juga demi anak-anak and cucu-cucu nak balik beraya. Raya tahun ni nak balik Kedah, nak pi beraya semua rumah yang jamu laksa. haha chow~~



Ayam Masak Thai yang tak berapa nak Thai

Salam.

Resepi ni saya dapat dari blog Kak Su, Chooyaya. Tengok akak masak, nampak sangat sedap and Kak Su cakap ni resepi cipta sendiri. Saya try masak sendiri and memang sedap sebab resepi baru kan. Masa beli bahan-bahan dekat Tesco, boleh pulak tak de daun limau purut! Kucewaaaa tapi impian tetap diteruskan sebab perut dah bagi signal nak makan ayam Kak Su jugak. 

Bahan-bahan:

Ayam 5ketul
*Sepeket Tomyam paste
*Bawang merah 4 biji
*Bawang putih 6 ulas
*Halia 2cm
Bawang besar sebiji
Serai 3-4 batang
Daun limau purut (kali ni takde pulak)
Kicap manis 2 sudu besar

Jom masakkkkk.. Bahan bertand * kena blend dulu ye. 



Macam biasa, ayam goreng half cooked, ayam bubuh garam and kunyit. Saya goreng minyak cetek je, Jimat woo.


Kalau pemandangan tak enak tu sorry laa ye. Fyi, ayam ni en.Suami yang goreng kan, Saya dok tepi jaga Kayla takut meletop ayam ni kena plak minyak kat anak daraku. (padahal mommy pun takot minyak tu Kayla, hikhik)




Ayam ketepikan dulu.


Iklan, yang ni Mutton Stew untuk Daddy Kayla. Masakkan yang ni dulu sebab Daddy Kayla bukan nye makan pun ayam thai ni. Pedas yaa amat. Masak dengan sayur bayam potong halus. 


Start dengan ambil minyak yang goreng ayam tadi sedikit, Goreng serai bagi garing and naik bau.


Masukkan bahan blend tadi, Tumis sampai pecah minyak laa bagi rempah-rempah masak sepenuhnya.


Kat rumah saya takde lesung batu, dulu ada tapi dah pecah dua sbb saya nak belah ayam, amek laa lesung batu nak ketuk pisau bagi dapat potong ayam tu, sekali ayam tak terbelah, lesung batu yang pecah! Kuat ayam tu. hahaha Serai tu saya potong dua pakai pisau je la. Pas tu boleh plak saya tak perasan serai tu panjang sebenarnya. Asyik terjolok je celah-celah sudip tu. Lain kali potong pendek-pendek ye Kamila. 


Dah pecah minyak and naik bau, masukkan gula 1 sudu kecik and kicap manis 2 sudu besar. Kacau-kacau, kalau rasa tak cukup hitam, tambah laa sikit kicap tu. Oh lupa garam! Masukkan secubit dua garam. Ayam goreng pun ada garam juga, takot masin nanti. Haaaa, time ni laa boleh masukkan daun limau purut. 


Masukkan ayam goreng half cooked tadi, Kalau kuah pekat sangat, masukkan air sedikit bagi ayam tu masak sepenuhnya.


Ayam dah masak, tabur bawang besar sebiji. Kak Su tambah sayur-sayuran juga, boleh letak tomato hiris, kacang panjang, cili hijau and apa-apa sayur pilihan. Saya tengah takde mood nak makan sayur, so takde laa sayur. Nak makan sayur pun kena tunggu mood tau! bagus!


Dah siappppp.. Bau nya wangi satu rumah, sampai Kayla suruh dukung nak tengok apa Mommy masak. haha



Makan dengan nasi panas. Lepas makan tido terus. hihi