Wednesday, 27 April 2016

D'King Mee Udang

Salam.

Cerita ni berlaku semasa saya tengah mengandungkan Kayla 7bulan kot dalam hujung tahun 2014. Tengok muka ku yang kombang. haha skema ayat. Ye laa, saya kan baru bukak blog, so cerita and gambar banyak. Kita throwback cerita lama-lama untuk kenangan. Mana tau terliur, memang saya gi kedai ni lagi. Muahaha 

Kisah nya, saya lahir dan membesar dekat Sungai Petani Kedah. Meh laa kita short cut cerita sikit. Asal D'King Mee Udang ni dari Sg. Petani la. Owner dia ni sepupu Abah (bapa saya). Entri ni bukan kena bayar ok, memang saya nak cerita betapa sedap nya makan kat sini. 

Kami sekeluarga pindah ke Selangor tahun 2003. Setiap kali balik kampung Sg Petani, WITHOUT fail, saya and family mesti singgah pekena dulu mee udang kat sini, baru laa lengkap journey balik kampung. 

Tetiba time saya pregnant hari tu, saya nak sangat makan mee udang, tanak mee udang lain, nak yang D'king punya jugak. Kebetulan Mama n Abah nak balik kampung time tu, saya pun kirim laa mintak tapau balik Selangor. Tapi hampaaaaaaa sebab keinginan ku ditolak. Takot basi laa, kedai tutup laa, tak sempat nak beli laa. Sedih sangat time tu. Sob sob

Bila saya sedih, dengan gigih nya saya google D'King dekat KL, dulu Pak Long (owner D'King) penah bagitahu yang dorang ada buka cawangan dekat KL tapi orang lain jaga la. Semua bahan dari kilang Pak Long, so rasa mesti la sama. Saya tak pernah pun nak makan yang dekat KL nye sebab takot kecewa rasa tak sama. Sanggup tahan sampai balik kampung. 

Google punya google jumpa laa cawangan dekat Klang Sentral. Nak pergi sana pakai waze confirm tak sesat. Waze Klang Sentral pun boleh. 
Jalan Persiaran Klang Sentral 2
Klang Sentral
Meru, Klang.
(dekat Stesen Bas Sani Express)


Dengan pantas dan tuntas saya pakai baju ajak Daddy gi cari sampai jumpa kedai ni. Kita show off dulu gambar muka bersih. Jangan scroll bawah lagi. hihi


Tu diaaaaaaaaa, Mee Udang Banjir untuk Mak Labu.



Udang tu saya pilih sendiri, udang laut. Sekilo RM50 kot, tak ingat sangat la. Agak mahal bandingkan dengan udang sangkar. Saya makan seorang ni sebab Daddy Kayla makan nasi goreng udang. Lupa nak amek gambar nasi goreng. 


Mak Buyung tak sabar nak makannn. 


Masa pregnant, muka saya teruk berminyak and jerawat. Fuhhh 
Jangan tengok muka saya, tengok tuu mee udang tu.  


Tau tak kenapa saya tanak mee udang lain?? Mee kuning dekat sini dorang buat sendiri tanpa pengawet and bahan yang berbau tu. Rasa sangat lain dan kalau mee biasa selalu kuat rasa dia dekat kuah kan, yang ni tidak, Kuah tu rasa manis udangggg saja. Nora bagi 10 Bintangggg. 


Ikan Bakar Special sambal tu secret resepi dari Pak Long. Percaya la, memang korang kena try. 



Licin Mak Labu makan. Lepas habis makan, saya pun upload laa dalam FB pas tu tag nama Risa and Apit sebab dorang ikut Mama and Abah balik kampung. Siap tulis lagi, 'takmau tapau pun takpa, dah makan dah kat KL' hehe Terus Mama call sebab ingat iols merajuk, ahaksss ada laa sikit. 



No comments:

Post a Comment