Salam semua.
Godek-godek handphone jumpa pulak gambar Udang Masak Kunyit. Meh nak share resepi lagi.
Cuci mata dulu..
Bahan-bahan :
Udang 20 ekor
*Bawang besar sebiji
*Bawang putih 5 ulas
*Cili padi 3 biji
Carrot setengah batang
Broccoli 4 pokok kecik
Serbuk kunyit 1 sudu kecik
Garam
Serbuk Cukup Rasa Maggi secubit
Mula-mula lumur udang dengan serbuk kunyit and sedikit garam. Goreng dengan minyak panas dalam 15 saat cam tu laa, bagi dia half cooked and air udang tu keluar. Angkat and ketepikan.
Tumis bahan bertanda * yang dimayang, nak tumbuk kasar pun boleh ye. Dah garing boleh laa masukkan carrot bagi lembut sikit and bila dah lembut, masukkan broccoli dan udang half cooked tadi. Masuk garam and Cukup Rasa Maggi sedikit. Siapppp..
ni masak tak bwk office pon huhh...
ReplyDelete