Friday 29 April 2016

Setahun Pantang Laksa

Salam Jumaat.

Dari semalam lagi dok berlagu dekat office nak makan laksa, nak makan laksa. So, hari ini kena la pi cari juga kan. Sebab hari jumaat senang sikit nak cari laksa, Za, officemate cakap dekat masjid dorang jual laksa. 

Dalam pukul 11, keluar pergi marketing dengan staffs saya. Pusing-pusing sampai pukul 12:30pm tingggggg, harus laa cepat-cepat pergi dekat masjid. Sampai je orang nak gi sembahyang jumaat ramai sangat. Saya ni jarang keluar hari jumaat sebab Shilla Mei cuti. Kalau Shilla Mei cuti, saya tak boleh tinggalkan office. Dululaa, sebab Za and Azie baru lagi kerja. Sekarang masing-masing dah pandai jaga diri sendiri dah. Bagussss.. Boleh iols ngulorrr eh marketing la. muahhaha

Bila sesekali keluar gi beli dekat masjid ni, dah macam pasar malam pulak. Ramai orang jual makanan and semestinya laku macam goreng pisang panas. Turun je kereta, terus cari gerai jual laksa, ada 1 je makcik jual laksa dekat situ. Nak tanak kena laa beli. Dah pulak kena berebut order dengan orang nak gi sembahyang. Takpe bang, saya mengalah laa dalam 2-3 orang pakcik dapat dulu order, lepas tu tak de takdeee, MAKCIKK, LAKSA 2!! hahaha buat-buat garang. 

Al-kisahnya, saya ni dah setahun tak makan laksa sebab pantang lepas bersalin. 24/4 hari tu genap la setahun, maklum laa nak jadi cam Che Ta. Tang mana Kamilah?? lubang hidung pon belum tentu lagi Che Ta. hahaha 

Dapat je laksa, trus zasss balik office, dengan tak sabar nyaa nak makan laksa. 


Ni laa rupa laksa makcik tu. Lepas dah kacau baru ingat nak ambik gambar. Nora bagi 2 bintang. Ni laksa budak sekolah saya panggil, sebab laksa untuk budak sekolah nye cincai. Kuah cair, telur takde, ulam pun asal boleh jee. Cas RM4.00. Boleh la buat lepas tekak. Hmmm kena masak sendiri jugak nih. Kalau masak sendiri, boleh letak sebanyak mana telur rebus kita nak, otak udang letak banyak-banyak sampai kuah jadi colour gelap. hihi  Mama champion laa buat laksa. Dulu arwah Tok Sariah champion, huwaa rindu tok. Tok Sariah adalah emak Abah, nenek saya la. Tok tak penah miss buat laksa every year. Even sakit-sakit pun mesti masak juga demi anak-anak and cucu-cucu nak balik beraya. Raya tahun ni nak balik Kedah, nak pi beraya semua rumah yang jamu laksa. haha chow~~



No comments:

Post a Comment