Salam.
Punya laa tak puas hati, nak buat sampai 1 entri semata-mata nak habaq kat hampa semua. Ceh, keluaq Kedah cek. hihi
Bukan tak bersyukur tapi nak luah jugak laa. Chicken Rice Pappa Rich yang berharga RM13.90 tapi kualiti ZERO!
Dulu ayam penuh satu bekas tu, dorang potong cantik-cantik. Semalam beli, ayam ade 3 ketul je tang isi sebelah wing. I request ayam tight, dah laa salah, sikit ciput pulak tu. Nak jimat tang mana lagi Pappa Rich oii? Harga dah mahal, people willing to pay if makanan setimpal dengan harga.
Dulu taugeh pun penuh segunung-gunung nya dalam bekas sama dengan ayam, Sekarang ciput jugak tepi nasi tu haa. Hmmmm sangat kecewa ok. Nasi maintain, sup pun ok. Just apalah makna nasi ayam kalau ayam buat hal kan? kan? baik makan nasi kosong! pftttttttt
Ni last I beli nasi ayam dekat Pappa Rich. Betol. Rasa macam diperbodohkan if macam ni.
ok, dah dah tu cerita dekat office. Habis jugak laa I makan. Dah laa mahal, takan nak buang kot kan. Nasib baru dapat gaji, kalau tengah-tengah bulan ko buat macam ni, memang laa aku mintak refund ye idok? eh
Balik kerja, ambik Kayla dekat rumah Mama. Abang-abang dia sibuk study, dia pun study jugak. Kayla tak boleh tengok abang-abang dia buat pe pun dia nak buat jugak.
Orang pakai kasut nak keluar, dia pun lari-lari ambik kasut dia. Orang amek pinggan nak makan, dia pun tunjuk-tunjuk pinggan dia nak makan. Haii laa anak. Kalau Mommy dekat sana, bukan dia layan. Maklum la ramai kawan kan.
Manja Abang Fahmi dia. Balik sekolah, Kayla dulu dia cari.
Look at the camera, Kayla.
Kena acah-acah.
HO HO HO
Lepas kejadian ambik gambar nih, Kayla mintak nak minum air masak. Bagi laa dia minum. Minum dengan gelojoh nye sebab dahaga kot. Rumah Mama cam bahang sikit bila Magrib. Tersedak air sampai muntah-muntah. Keluar sikit la dia minum susu and makan nasi petang tu. Last-last keluar angin, bruppp. Haaa muka lega gila. Kembung perut rupa nya. Kena la salin baju, nasib seluar ok lagi.
OOTD by Aunty Baby from H&M, sandal by Aunty Shilla Mei from Ipanema. Love it!
Sampai rumah, ajak Daddy pergi Jusco nak beli sikit barang makanan Kayla. Sayur and ikan dia dah abis. Hari-hari kena masak makanan Kayla. Even dekat rumah Mama ada Kak Yani, tapi I tak la bagi bulat-bulat semua Kak Yani buat. At least bila I masak makanan Kayla, dia tunggu nak suap je. Ringan sikit la kan.
Masa beratur nak bayar nih, Kayla boleh pulak nampak dari jauh kat tepi hujung nun ada mainan budak-budak yang kena masuk token tu. Haaaa ditolak Daddy nya tengah dukung tu, nak turun nak lari gi kat mainan tu.
Daddy pun ikot laa dia gi dekat mainan tu. Mula-mula Daddy acah-acah je letak kat atas tu.
Lepas Mommy habis bayar, gi laa dekat situ. Budak dekat sebelah masukkan token, so benda tu bergerak and ada lagu. Kayla pandang jee terkulat-kulat terluir kot. olololo cian anak Mommy.
Terus laa Daddy gi beli token tu. hahahaha sadis cerita kan. Baru laa train tu berjalan and ada lagu.
CHOO CHOOOO.. CHOO CHOOOO.
Dah abis train, dia nak kereta pulak. Layan je laa Daddy Kayla.
Muka happy gila dapat bawak kereta. haha
Daddy, i want more!
MORE, MORE, MORE Daddy!
Dah sudah, Mommy dah lapar tau tak? Kang Mommy jadi naga dekat Jusco. muahaha
African Chicken Stew with Locus Beans
Sampai je rumah, Daddy Kayla terus zup zap zus zassssss masak. Mommy Kayla teringin nak makan African Chicken Stew with Locus Beans. Locus Bean tu macam petai kita laa, cuma dia colour hitam sebab dorang jemur dulu. Sedap nyaaaaaaa, dok taip pun boleh meleleh ayaq lioq.
I and telur memang tak dapat dipisahkan, nak jugak telur rebus sebijik tapi nak yang telur kuning lembik sedikit. Boleh laa tu kan, Daddy yang buat. Selalu kalau I yang buat, lepas angkat dari air panas, I bagi ice bath dulu baru kupas. wow dap dap
Ni menu untuk Daddy Kayla. Intestine Stew with Locus Bean. Part dalaman lembu. Wa tak boleh blah wooo. hahaha sorry Daddy, u makan sorang ye. Bagus jugak, takde laa Mommy berebut dengan Daddy ye idok? hehe
Bukan tak makan dalaman lembu, cara dorang masak just rebus then masuk dalam stew tu I cannot la. Kalau orang melayu makan paru, kita rebus dulu, potong nipis then goreng buat sambal kan. Haaa cam tu I boleh makan. hihi ngada la ko Kamilah.
Lepas makan, Mommy suruh Kayla posing sebelah sofa. Tak boleh duduk diam ni budak.
eh eh posing senget pulak.
Senget macam ni ok tak Mommy??
Tak pandai laaa Mommy.. shy shy.
Kejab kejab Mommy, nak lap hingus dulu.. hahaha tau pun kan nak lap. Salu Kayla lap pakai belakang tangan je, pas tu celet kat baju. bijak bjiak.
Alaaa Momy ni, bagitahu semua orang buat pe??
Last last ok. Posing comel sikit. hihi
Sekian seharian I.
Kbye. hehe