Salam.
Kejadian berlaku pada Isnin lepas. Isnin is my off day yoo. Happy happy me. Pagi-pagi lagi dah mengadap nasi lemak tepi jalan. Buat macam mana, Perut calling-calling sudeh.
Makan pagi pun tanak kalah, nasi lemak daging masak kunyit dan telur mata. Bukan salah I, salah Daddy Kayla sebab dia yang turun pi beli. muahahaha
Lepas makan, pergi office kejab nak amek Thai Baht untuk Mama nak pergi Bangkok. Sekarang ni Mama duk berjimba-jimba dekat Bangkok and Pataya laa. Enjoy your holiday Ma.
Little Kayla dengan Aunty Mery nak selfie. Kayla tu baru bangun tido, dok mamai-mamai lagi. Jalan pun melelong. hahaha
Balik je dari office, terus keluar dengan Daddy pergi IOI City Mall, Putrajaya. Daddy nak lunch dulu sebelum I pergi amek Mama dekat office Mama pulak dengan Abah.
Percubaan nak ambik gambar Kayla yang tak menjadi. Sejak dapat kaki nih, Kayla bukan nya nak duduk dalam stroller pun. Kadang-kadang mengamuk jugak dia. Tapi sekarang Mommy ikot cakap Kayla ke? Kayla ikot cakap Mommy? Haaa duduk situ diam-diam.
Mommy, pleaseeeee.
Sampai Nando's kena paksa pulak duduk dalam baby chair.
Mula dah, dia mula dah.
Sebenarnya ni dia mengantuk sebab dari pukul 11pagi sampai 3 petang tak tido. Tula masa-masa dia tido. Kena pulak Mommy bawak gi lunch. Mengamuk laa kawan.
Time ni tengah tunggu makanan sampai, mengamuk nak turun. Kalau dah sampai fries dia tu, boleh laa bagi duduk diam sikit.
Dah sampai dah. Yummy yummy. The same menu kitorang order.
Lepas dah half way makan baru la nampak ada dorang tulis if order 2 set of quarter chicken with 2 sides and 2 bottomless drink dapat free meals for kids and just tunjuk AEON Card je. It's ok, next time yeee Kayla. nanti u dapat meal u sendiri. hehe
Dah lunch, I pergi laa amek Abah dekat rumah Mama nak pergi amek Mama dekat Kwasaland, Subang Bestari tak salah. Abah pun semangat cerita dekat-dekat office mama ada laksa sedap gilerrr macam laksa arwah tok.
Sampai je dekat tempat laksa tu, mak aiii orang punya ramai. Silap I tak amek gambar time tu. I pun gigih la beratur nak order laksa 1 cendol 1. Tempat tu ada jual laksa and cendol saja.
Nama tempat tu 'Laksa Utara & Cendol Jitra, Subang Perdana'. Jitra maii baq ang. Sepanjang i duduk dekat Selangor, tak pernah lagi jumpa laksa sedap cam ni unless kitorang masak sendiri laa.
Kuah dia pekat, rasa semua asam garam, ulam semua complete and telur rebus separuh RM4.00 and cendol pula semangkuk RM2.00. Tak sempat nak amek gambar cendol sebab tak sabaq nak makan laksa punya pasai. Tu diaa, Kedah dia keluaq dah. hahaha
Al-kisah makan dalam kereta sebab 1. tempat duduk full and 2. kebetulan Kayla tidur dari IOI City Mall. Kenyang sangat laa tu. I and Abah makan laa dalam kereta. Fuhhh berpeluh-peluh makan even dalam air-cond. Punya laa sedap. Memang sedap. Kalau ada petis or otak udang lagi terangkat babe!
Sila laa pergi rasa, orang-orang KL kalau nak rasa laksa utara yang sebenarnya kena pergi situ. Penah try makan Assam Laksa dekat Pappa Rich, dah laa mahal tak sedap hangir pulak tu. Tak pernah order dah. Serik.
Entry ni nak cerita pasal laksa je, tapi melalut ke lain dah. hehe
Balik malam masak dinner pulak untuk Daddy. Sambal terung udang.
Sekian. haha
No comments:
Post a Comment