Salam.
Isnin lepas offday saya, so malas sangat nak masak, ajak la Daddy keluar makan luar kebetulan Daddy nak baiki hp rosak. Sempat masakkan cucur kentang je untuk breakfast Kayla. Nasib dia makan sampai 4 ketul kenyang laa lama sikit sampai tengahari sebab nak bersiap gi Sunway Pyramid pun dah pukul 12 lebih.
Mommy suruh dia posing nak OOTD, dia main-main pulak. Susah sekarang nak ambil gambar Kayla ni, unless selfie. Bila dia tengok muka dia sendiri dekat hp baru la dok senyap and sengih sorang-sorang.
Suruh berdiri tegak, dia nak lari. Nama pun budakkk. huhu Last-last tak de pun gambar dalam bilik nih. Hala tuju nya ialah Sunway Pyramid. Daddy cukup marah kalau Mommy offer nak gi sana sebab dia kata jauh. Jauh mende nyee, cakap je laa tanak pergi pftttt. Kali ni diam je takde complaint sebab dia pun nak gi sana nak baiki hp. Tak jauh pulak kan??? -__-
Sampai je sana bagi pilihan dekat Daddy nak makan dekat mana. Mommy bagi pilihan Bubba Gump, Thai-Thai or Nando's. Well keputusan yang sangat dijangkakan, pemenangnya ialah NANDO'S. Walaupun harapan mommy nak makan Bubba Gump my fav! Daddy tak layan sebab dekat Bubba takde yang menarik minat dia, nasi pun tak banyak menu. Daddy ni tak suka ratah-ratah, nak yang betul-betul solid food! ye laa daddy...
PERI SOUP RM 3.90 |
Terus carik Nando's sebab takot Kayla kang lapar perot masuk angin. Bila perot dia masuk angin, nanti makan kang muntah sebab angin tu tolak makanan dia habis rugi je dia makan, bukan senang oii nak bagi Kayla makan. Kadang-kadang nak give up gak laa, tapi bila pikir balik kenapa Kak Yani bagi makan senang je, banyak pulak tu makan.
First time rasa sup dekat Nando's and its so delicious! Memang sedap Peri Soup nih, waiter tu cakap mushroom soup tapi bila makan ada chunky-chunky ayam dekat dalam. Full of flavor and so rich and creamy. iols makan sorang sup nih. Dah Daddy tak nak, mak makan sorang laa. Takan nak suap Kayla pulak, ntah brapa tan garam kat dalam tu. hehe
NATAS RM3.07 |
Order Ice Lemon Tea RM 6.25 per glass and bottomless, boleh refill sampai lebam. Jimat noks beli yang ni, just beli air suam je untuk Kayla. Kitorang refill sampai 5 kali, (*O*) ngeh ngeh ngeh
Terpisah pulak gambar Natas dengan yang atas. Natas ni macam egg tart. Dulu makan dekat Nando's dengan BFF dari zaman sekolah sedap, lembut je kulit luar and isi telur dalam dia rasa gebu. Tapi kali ni Natas dia macam semalam punya. Dah laa kulit luar keras, isi telur dekat dalam tu dah kecut sampai tak rasa pun isi egg tart tu. Bila sampai panas, tau dah panas pakai microwave! -__-
Kecewa, dah la harga 3 hengget lebih, kalau kat kedai roti jual egg tart ni baru RM2 pas tu kulit ranggup isi dalam tebal. apadaaaaaa nama je Gah. Abis juga la mak makan, tak baik buang. haha
Ni menu Daddy order, pe laa rasa quarter chicken kan, order laa HALF CHICKEN WITH 2 SIDES, MEDITERRANEAN RICE. RM 29.57. Daddy suka makan pedas, so Mommy tersalah order Hot Peri-Peri, patut order Extra Hot Peri-Peri. Dah kena marah pulakk. Lain kali order sendirikk.
Yang ni menu Mommy, QUARTER CHICKEN WITH 2 SIDES, MEDITERRANEAN RICE AND PERI WEDGES RM 20.03. Saja order nasi sebab nak suap Kayla dengan wedges tu. Kayla suka kentang. Rasa derhaka sangat time nih sebab bagi Kayla makan fast food. Well, i'm not a perfect mommy but bukan hari-hari bagi kan. Kalau hari lain kan mommy dah masak memang tak de garam dan gula.
Request nak yang wedges tu plain sebab Kayla nak makan, ayam pulak nak hot peri-peri tapi terbalik pulak dorang bagi. Ayam tu dorang bagi plain, yang wedges tu dia letak apa ntah sprinkles dekat atas tu. Sedap laa kalau mommy yang makan, tapi Kayla tak boleh makan yang sprinkles tu sebab pedas. Mommy pun asingkan la mana yang tak kena dorang sprinkles tu. Dapat la separuh yang kosong tak kena.
Nak suap Kayla dah macam nak berperang. hehe Suap nasi dengan ayam dulu. Since ayam tu dah plain, boleh laa amek tang isi lembut tu cuit-cuit bagi makan dengan nasi. Makan suku ja nasi tu, baru mommy bagi kentang wedges tu.
Daddy ambil gambar tak ikhlas langsung.
Mommy and Kayla.
Dok suap wedges tu pulak, tanak suap sebab mommy suap lambat. Nak pegang makan sendiri. Hmmm yela nakk. Bersepah-sepah meja. Wedges yang dekat bucu tu kan ranggup, so yang tu mommy gigit dulu, baru bagi Kayla makan. Tak confident Kayla boleh makan part ranggup tu sebab keras kan. Takot gusi luka. Protective sangat mommy nih.
I want one more wedges, mommy!
Turn mommy pulak nak makan, pass baton bagi Daddy. Dapat dekat Daddy, wedges tu main bagi je seketul-ketul tu. Mommy je pulun gigit part ranggup tu, Daddy tak kuasa nak layan. Dia cakap, Kayla dah besar laaa. -_____-
Yummyyyyy..
Onom nom nomm.
Ok Daddy, im done!
Daddy : Let me clean your mouth.
Kayla : No No No
Menyerah kalah dengan Kuasa Daddy. kuikui
Mommy continue laa makan guna tangan sebab dah suap Kayla makan pakai tangan. Seronok sikit nak godek-godek ayam tu sampai togel. hahaha Kata orang Melayu, makan pakai tangan laa ye idokk.
Dahaga laa Daddy.
Minum air dulu. Separuh air suam tu Kayla minum. Wedges pun habis.
Dah lepas makan, gi teman Daddy baiki hp yang amek masa bertahun-tahun! Penat laa tunggu Daddy.
Tak mau duduk dalam stroller dah sebab lama sangat. Mommy bagi turun tapi kurung dalam kedai. muahahaha padan muka. Kalau biar Kayla sampai luar, berlari berterbangan bebas diangkasa laa jawab nya. Mommy tak boleh terbang! hahaha
Kayla: Mommy, please can i go out?
Mommy : Big NO.
Kayla : Ye la ye la mommy. Kayla nak pose kat sini jab.
Kayla pose and buat CAKE!!!! dah kenyang, apa lagi? membuang. hihi
Done Mommy, lets go to Baby's Room! Harum semerbak bau dekat dalam kedai tu. Nasib Cina tu tak halau. hahaha
Lepas dah cuci, saya happy sangat ni mommy. Perut kenyang, suka hati.
I'm dancing hokey. La la la
Akhirnya menyerah kalah, penat menari and kenyang.
Tidur dari pukul 3 sampai pukul 6! wahhh lama nyaa. Lama tu jugak laa kitorang dekat situ tunggu hp siap.
Muka penat dah sampai rumah. Penat woiii.
Balik tu Daddy masak Turkey Stew for dinner. Bila orang lelaki masuk dapur, pinggan pun main capai jee. Pakai mangkuk plastic! ayoooo
Lama tak makan turkey sebab dulu tak minat sangat isi dia. Cam ayam tak ayam, cam daging tak daging. Hari tu sedap pulak, lembut jee. Turkey ni ayam belanda. Alaa yang Mr Bean sumbat kepala dia dalam montot turkey tuu. Sapa tengok Mr Bean tau laa. hikhikhik
No comments:
Post a Comment