Friday 6 May 2016

Bread Pudding Banana Blueberry

Salam.

Semalam testing-testing buat bread pudding untuk Kayla. Patut serve breakfast tapi pagi-pagi mana la sempat nak buat experiment bebagai ni. So kita try malam. 

Bread Pudding Banana Blueberry

Bahan-bahan:
Sekeping roti
Sebiji telur grade C 
(kalau grade A besar sangat la, Kayla kadang-kadang reject sebab rasa telur sangat)
Satu sudu besar yogurt
Setengah cawan fresh milk
Sebiji pisang 
6 biji blueberry



Fresh milk saya pakai Fresh Farm sebab tak salah keluaran tempatan dan dijamin and direcommend dekat group Homemade Baby Food sesuai untuk baby berumur setahun ke atas. Rasa pun lain dari Dutch Lady, sedap. Dutch Lady tak digalakkan sebab ada pengawet ye, that's why laa boleh letak dekat rak store yang panas tu. Fresh milk kena sentiasa sejuk. Penah laa recommend untuk kawan yang anak dia dah 2 tahun lebih, dia nak stop breast feeding anak dia kena la ganti fresh milk kan, Dia bagi Dutch Lady yang dalam kotak kecik-kecik tu, bukan nak kata tak elok, tapi kita tahu yang lebih baik, apa salahnya tukar kan. Hmmm susah nak bawak la hape laa. Lantak la. ehh 

Kayla pun bukan minum fresh milk gitu je, fresh milk ni guna untuk buat makanan Kayla sahaja. Lepas 2 tahun baru boleh fully replace breast milk or formula milk. 


Yogurt jenama Fresh Farm juga. Saya tak suka yogurt, tak pandai laa nak makan, Dulu selalu tengok kawan sekolah makan yogurt perisa macam-macam, gi laa terhegeh-hegeh beli, last-last bukan makan pun, Masam cam mana ntah, kembang tekak. hahaha tapi yogurt ni ada khasiat dia sebab tu baby digalakkan makan. 


Mula-mula campur susu, telur and yogurt. Kacau sebati, and masukkan roti. Rendam roti sampai kembang and lenyek hancur.


Maklum la, rumah iols takde ramekin, so pakai laa cawan seramik. Janji selamat masa nak stim tu kan, Tak confident laa pakai plastic nak stim, panas plastic tu kang ntah apa masuk dalam pudding tu. 


Lepas dah masukkan dalam cawan, susun la buahan pilihan, Kali ni saya pilih pisang and blueberry. Habiskan stok dekat rumah.Blueberry tu beli dekat Jusco. 



Kukus selama 10 minit. Kali ni silap, lupa nak balut dengan plastic dekat atas dia tu. hehe


Sebab tu nampak macam berair sikit kan kat atas tu. Air tu selapis je, boleh buang air tu. 

Taraaaa, siap! 


Ceduk bagi Kayla rasa. Habis jugak laa 3/4 cawan tu. Lagi satu cawan, mommy pulun sampai habis. Kalau letak madu or gula melaka pun sedap nih. 


Kalau satu-satu makanan tu kena selera Kayla, masa makan dia tak akan lari-lari. Dia akan stay depan kita sampai dia kenyang. hehe 


Alhamdulillah, dia nak makan. 


Bergegor laa sebab mommy nak suap lagi nak ambik gambar lagi. 


Dinner Mommy and Daddy Kayla. Maggi Goreng Bowgel. muahahaha

No comments:

Post a Comment