Salam.
Beberapa hari sebelum Mama and Kak Intan bertolak pergi Bangkok, Kak Intan singgah dulu rumah Mama bawak kain, jubah and tudung yang beli dekat Vietnam. Macam-macam brand yang famous dekat Malaysia dorang jual sangat murah dekat Vietnam macam Bokita, Naelofar and banyak lagi laa. Buat business laku berganda-ganda nih. Pandai Kak Intan. hihi
Balik je kerja jumpa Kak Intan and Ammara dekat rumah Mama. Lama tak jumpa Ammara, gigi dah ada 4 tau. Last jumpa baru nak keluar tunas gigi first. Cekci Ammara pakai bare back dress. Auwwww.
Mikayla VS Ammara
Kayla ajak main duit. Gi ambik nya wallet Tok Abah nya. Abis dia keluar kan semua duit bagi dekat Ammara.
Ammara ni muka macam anak CheTa. Ishhh gewammmm.
Ye laa, Mommy and Daddy Ammara segak-segak belaka. Kayla dok bebel apa ntah dekat Ammara, sekali Ammara melalak. hahaha Noty Kayla.
Abis je azan Magrib, terus ajak Kayla balik rumah sebab Daddy sampai rumah dulu. Lapar katanya. I mintak tolong Daddy keluarkan ikan tilapia dari freezer nanti balik I terus masak je.
Teringin nak makan tilapia stim. Bahan-bahan yang ada dekat peti je laa I pakai yo. Malas nak singgah mana-mana dengan Kayla kalau berdua.
Perap ikan dengan sos tiram, blackpepper, whitepepper and garlic. Biar dalam 15 minit baru I tabur halia, bawang besar, serai dan cili padi. Boleh tambah sikit garam tapi bahan perah tadi semua dah ada garam tersembunyi, dah cukup masin dah. Kukus selama 15 minit. Ikan kecik je nih. Kalau iakn besar boleh kukus lama sedikit.
Makan dengan Nasi Goreng Cina. Daddy dah beli siap-siap nasi putih dari kedai mamak, iols malas nak tunggu masak nasi pulak. Dah beli nasi putih siap dah, boleh terus goreng je.
Nasi goreng cina paling senang nak masak. Tumis bawang putih and bawang besar sampai naik bau, masukkan sayur pilihan dan fish cakes or fish balls. I pakai carrot, jagung and leek. Kalau tak tau leek tu apa, sila tanya Pakcik Google. hehe
Agak-agak carrot dah masak, ketepikan bahan tumisan (tepi sikit je, dalam periuk yang sama juga) boleh pecahkan telur 2 biji + sedikit garam and kacau telur bagi masak baru gaul dengan bahan tumisan tadi. Ini untuk elakkan nasi goreng jadi soggy. Tak suka laa nasi goreng lembik-lembik.
Dah gaul dengan bahan tumisan, boleh la masukkan nasi dan gaul rata. Last sekali, I masukkan 1 sudu besar buttercup. Haa ni laa rahsia nasi goreng cina I. Sedap wooo. Angkat bakul pulak. Betul, bau wangi lepas tambah buttercup. Gaul dan gaul dan gaul sampai butter cair and Siapppp.
Habis masak nasi goreng, ikan pun siap kukus. Nampak biasa-biasa je kan, sebab bahan tak cukup. Colour pun tak menyerlah, tapi rasanya umppppp. Dap dap.
Daddy beli teh ais masa beli nasi putih dekat mamak. Macam makan dekat kedai aihhh.
Sekian menu untuk hari ini.
No comments:
Post a Comment