Sunday 1 May 2016

Mikayla Solid Food

Salam.

Semalam lepak-lepak Daddy and Mikayla dekat ruang tamu, saja layan Mikayla main bebear dia. Lepas tu dia hilang gi masuk dekat dapur, keluar je dekat tepi dapur dia heret bag susu dia bagi dekat mommy, lepas tu dia lari-lari pergi dekat pagar belakang dia tu. Nak ajak keluar rupanya. Mak aii, sapa ajar nih syg oii? 


Tengah dok struggle heret bag dia. 


I can see u mommy, i'm cominggg! haha meh laa Kayla oi. 

Sebenarnya nak cerita pasal solid food Kayla masa 6 bulan ke atas. Baby dinasihatkan start ambik solid food masa 6 bulan. Kayla dah tunjuk gaya-gaya nak makan masa umur 4-5 bulan. Time tu kalau laa tak kuat iman. memang dah start bagi makan, tapi saya tunggu juga sampai Kayla umur 6 bulan. Ikut je laa nasihat doctor. No harm. 

Banyak information pasal solid food yang ibu-ibu kena tau, tapi saya dapat ilmu banyak dengan pembacaan. Saya banyak membaca especially blog sebab tu medium yang paling senang saya nak cari masa dekat office. Masa dekat office, lunch hour boleh laa hadap sekejab apa yang kita nak tau kan.

Paling penting bila baby dah start makan adalah 4 days rules. Pendekkan rumusan cerita dia adalah ibu-ibu kena bagi makanan yang sama selama 4 hari untuk mengesan allergik baby. Contohnya, makanan pertama baby ialah Apple, so kena bagi apple selama 4 hari untuk kita tau baby ni allergik ke tak dengan apple. Sesetengah makanan ambil masa untuk kesan allergik, ada yang tak sampai 30 minit pun dah tunjuk kesannya. Macam mata merah, naik bintik-bintik merah, mata berair dan sebagainya. 

Nak bagi apa untuk baby 6 bulan? Kita bagi puree. Puree sayur or buah. Tak dinasihatkan bagi nasi dulu. Sebab selama 6 bulan baby asyik minum susu je, tetiba bagi nasi yang heavy tu, kesian perot si comel kan process kan, So kita bagi light-light je dulu. Solid food pertama Kayla adalah Puree Apple. Di sebabkan mommy busy (or malas?) so mommy beli je homemade baby food dari Bebj untuk Kayla. Sebenarnya buat sendiri pun senang je. Kaedah yang sama untuk buah or sayur. Stim and blend sahaja. 


Butternut Squash, Mama panggil labu omputeh. hehe Rasa sebiji macam labu tapi harga berganda-ganda mahal dari labu. ish ish And it's my princess fav. Hari-hari letak pun dia makan je. huhu


Lepas dah beli homemade puree from Bebj, saya buat sendiri je laa bila saya cuti. Sempat laa buat carrot, labu, butternut, apple, pear, cauliflower, broccoli, and banyak lagi la. Tapi buah and sayur yang boleh untuk baby range 6-8 bulan la. 


Sumber : Google



Steamed Cauliflower, lepas dah stim macam ni, biar sejuk sekejab boleh laa blend bagi halus untuk baby. Kalau tak confident, takut ada ketul kena tapis ok. 


Labu @ Pumpkin


Batch lain hari, butternut and pumpkin. Sama je dua-dua ni. Tapi saya suka butternut lagi. #jgnkecamsaya (*-*)


Masa Kayla baru start ambik solid food, macam biasa baby lain pun banyak kena sembelit. Kesian tau, berak sampai merah muka teran taikk and bilaa tengok taik ada kesan darah. I kenotttttt. Gambar atas tu plum saya beli dekat Tesco. Terus mommy pecut gi beli apa-apa yang boleh bagi lembut taik. 

Kalau baby sembelit : Bagi 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear) Stop 'BRAT'
Kalau baby cirit-birit : Bagi 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple Sauce, Toast) Stop 'P'


Plum ni masam, so nak kena pass 4 days rules tu agak susah la sebab Kayla pun baru start solid food. Kalau nak hilangkan masam tu boleh laa campur dengan kurma tapi kannnn Kayla tak pass lagi kurma. Saya tak nak start dengan kurma, memang makanan Sunah, tapi kurma manissss. Saya main tipu sikit la kat sini demi anakku. Saya campur puree kurma sedikit baru Kayla makan. Sikitt je. 



Kupas kulit plum, and kukus dalam 10-15 minit ikut tahap kelembutan buah or sayur. Kebanyakkan buah and sayur memang kaedahnya macam ni. 


Dah masak bila kukus tu, blend bagi halus macam dekat atas ni, lepas tu saya tapis untuk pastikkan takde ketul. 


Lepas dah tapis saya masukkan dalam bekas ice, beli dekat Daiso je bekas ni. Ada petak-petak, panjang-panjang, bolat-bolat. Pilih je. Puree baby boleh tahan sebulan - 3 bulan dalam freezer pintu 2. Saya selalu buat stok untuk 2 minggu je. 


Avocado. Untung baby sekarang, makan superfood. Dulu iols Mama cakap makan bubur hari-hari 
-__-


Avocado tak payah stim sebab dia dah lembut. Kiwi, pisang, papaya antara yang tak payah stim, terus lenyek je. Senang nak bawak travel. Blend terus tapis simpan dalam bekas. 

Sebiji Avocado dapat la 2 kali makan. 


Macam ni keadaan peti saya masa Kayla umur 6 bulan.


Kayla makan puree labu. Muka ada sinyummm. 


Mommy, nak lagi laa.. 


Masa ni nak buat puree kurma and kismis, Kayla dah 7 bulan dah boleh bagi nasi dan oat. Saya buat puree kurma and kismis ni untuk jadi pengganti gula, jadi pemanis. 


Lepas dah stim kurma, kena buang kulit ye. Senang kulit kurma nak tanggal lepas dah stim. Kulit kurma ni takot melekat dekat lelangit baby. 



Macam biasa, blend dengan air sedikit, simpan dalam bekas and bekukan. Boleh nyahbeku malam sebelum nak masak. 

Next entry nanti saya cerita lagi solid food kayla. 


No comments:

Post a Comment